top of page

Mangsa banjir 2021 belum dapat bantuan disemak - MB




Mangsa banjir tahun lalu yang belum mendapat bantuan daripada Kerajaan Pusat dan negeri digesa membuat laporan semula kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) kawasan kediaman mereka.


Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan semula ini perlu bagi membolehkan kerajaan negeri membuat semakan berhubung permohonan bantuan yang telah dibuat sebelum ini.


"Memang saya terima banyak laporan yang mengatakan ramai mangsa banjir yang belum menerima bantuan (dari Kerajaan Pusat dan negeri). Namun, semakan perlu dibuat bagi memastikan bahawa mereka benar-benar layak mendapat bantuan.


"Mana-mana mangsa yang tidak menerima bantuan disebabkan mereka tidak layak, kita akan semak semula kenapa mereka tidak layak terima bantuan itu," katanya dalam satu acara di Shah Alam.


Amirudin sebelumnya mengulas desakan sekumpulan 30 penduduk Pangsapuri Jaya, Bukit Jelutong yang menuntut agar kerajaan melunaskan janji untuk memberi bantuan RM5,000 oleh pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sebagai pampasan membaiki rumah mereka yang rosak teruk akibat banjir.


Pada Disember tahun 2021, hujan lebat berterusan selama dua hari menyebabkan Lembah Klang dan beberapa negeri lain berhadapan bencana banjir besar.


27 maut dengan puluhan ribu mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan puluhan keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka dihanyutkan arus deras, manakala ribuan kenderaan pula terdampar serta musnah selepas ditenggelami banjir.


Berhubung isu bantuan kerajaan pusat itu, Amirudin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menghubungi pihak kerajaan pusat bagi mengetahui status penerima bantuan tersebut.

"Pengerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor belum lagi dilantik walaupun secara kebiasaannya, pengerusi ICU adalah Menteri Besar.


"Sekiranya Pengerusi ICU Selangor sudah dilantik, saya pasti isu ini dapat ditangani secara menyeluruh," tegasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page