top of page

Manfaat utama 5G untuk Perusahaan Menengah Kecil dan Sederhana



Spektrum 5G yang telah berkembang pesat di Malaysia sejak setahun lalu mencatat penggunaan sekitar 35% daripada pengguna talian komunikasi dalam negara.


Bagaimanapun menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, spektrum 5G itu ditegaskan oleh Perdana Menteri perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Perusahaan Menengah Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi mengelakkan sektor tersebut daripada ketinggalan dalam persaingan global.


"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, PM beri penegasan tentang pelaksanaan 5G. Antara yang dipersetujui, esok Gobind Singh Deo, Menteri Digital akan berada di Pulau Pinang dengan syarikat Digital Nasional Berhad (DNB), dan beliau akan membuat beberapa pengumuman berkenaan lantikan ahli lembaga pengarah dan beberapa hala tuju DNB.


"Manakala pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta MIDA akan mengadakan satu perbincangan dalam masa terdekat memeterai satu pelaksanaan untuk penerima gunaan rangkaian 5G, khusus bagi PMKS.


"PM telah memberi penegasan manfaat 5G selain rakyat biasa, yang setakat 17 April lebih 35% daripada keseluruhan jumlah pengguna telco, tetapi manfaat utama 5G adalah kepada penerima gunaan kepada sektor PMKS," katanya dalam sidang media di Putrajaya, petang tadi.


Tambah Fahmi, lebih banyak pengumuman mengenai 5G akan dilakukan pada minggu hadapan dan kerajaan akan meneruskan dasar dwi-rangkaian yang dipersetujui sebelum ini untuk sektor berkenaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page