top of page

Manfaat siaran Radio Pendidikan untuk program PdPR semasa Covid 19


Radio Pendidikan wajar digunakan sebanyak salah satu cara alternatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selain menggunakan medium internet dan saluran televisyen sedia ada.


Menurut Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) dan parti pembangkang, pengunaan Radio Pendidikan Interaktif (RPI) sering digunakan di negara Afrika terbukti berkesan terutama di kawasan yang tidak memilikki akses internet.


Menurut mereka lagi, RPI juga mempunyai kekuatan unik kerana murid tidak dapat melihat visual yang menjadi topik perbincangan dan harus menumpukan sepenuh perhatian kepada mesej audio yang disampaikan untuk mengimaginasi dan menghadam aspek pembelajaran yang diajar.


Kata mereka, kajian oleh Education Development Center (EDC-US) bersama Bank Dunia (2019), menunjukkan RPI masih relevan dan diperlukan di challenging educational environments (tanpa internet, tiada akses broadcasting dan terrestrial) terutamanya di negara dunia ketiga dengan prioriti di benua Afrika.


"Malah, di dalam mesyuarat Menteri-menteri Pendidikan UNESCO secara dalam talian pada 29 Mac lalu bertemakan “One year into Covid: Prioritizing education recovery to avoid a generational catastrophe” beberapa negara juga telah berkongsi pengalaman mereka mengenai keberkesanan penggunaan radio sebagai medium pendidikan di samping medium digital yang lain.


"Antara negara yang berjaya memanfaatkan penggunaan radio bagi rakyat yang tidak menikmati capaian internet ialah Brazil. Di dalam mesyuarat tersebut Brazil telah berkongsi pengalaman mereka menggunakan campuran di antara pendidikan digital, televisyen dan juga radio secara efisien dan efektif.


"Hakikatnya, pembelajaran menerusi siaran radio antara mekanisme yang patut digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , khususnya bagi masyarakat di luar bandar dan kawasan pedalaman di negara ini," kata mereka dalam satu kenyataan.


Bagi pembangkang, RPI boleh dicuba dalam sistem pendidikan Malaysia apatah lagi Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon, mengakui segelintir kawasan pedalaman dan luar bandar berdepan kekangan capaian internet serta jalur lebar pada kadar mencukupi untuk mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian.


"Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin pula mendedahkan statistik menerusi kajian kementerian yang menyaksikan 36.9 peratus murid di seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti elektronik, sekali gus bakal merencatkan sesi pembelajaran secara dalam talian.


"Kajian membabitkan 670,000 ibu bapa dengan 900,000 murid itu turut merekodkan hanya 46 peratus mempunyai telefon pintar, komputer peribadi (6%), tablet (5.67%) dan komputer riba (9%).


"Oleh kerana Malaysia belum mencapai kestabilan dalam content delivery network (CDN) untuk penyaluran ke seluruh negara melalui pelantar digital dan masih ada murid yang ketinggalan dalam akses kepada proses PdP mod maya, maka Radio Pendidikan perlu diberikan tumpuan kerana akses siaran radio di Malaysia melalui inisiatif pendigitalan amat meluas," kata kenyataan itu.


Jawatankuasa Pendidikan PH dan pembangkang juga berpendapat kaedah pembelajaran berasaskan talian internet tidak dapat dinikmati oleh ramai guru dan pelajar yang berada di kawasan yang tidak mempunyai capaian terutama yang berada di daerah-daerah kategori pedalaman.


Oleh itu, kata mereka, Kementerian Pendidikan memerlukan satu pelan tindakan jangka panjang yang bertindak sebagai satu mekanisme bagi mengatasi masalah berkenaan.


Di samping kaedah pembelajaran berasaskan internet sedia ada, pihak KPM harus menyediakan satu platform yang lebih holistik bagi dinikmati semua guru dan pelajar.


"Manakala di kawasan bandar dan mempunyai capaian internet sekali pun, ramai juga dalam kalangan pelajar yang tidak dapat mengikutinya ekoran kekangan tidak memiliki peralatan seperti komputer, komputer riba, gajet dan seumpamanya. Hakikat ini turut diakui sendiri oleh Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dalam satu sidang medianya pada 15 September tahun lalu.


"Dalam ertikata lain, pembelajaran menerusi platform internet ini hanya dapat dinikmati berdasarkan demografi dan pemilikan peralatan pembelajaran yang sesuai," kata mereka lagi.


Selain itu, Ahli-ahli Parlimen blok Pembangkang itu juga menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melakukan beberapa perkara:


1. Membuka semula siaran rancangan pendidikan melalui radio sebagai komplementasi kepada TV Pendidikan dan Pendidikan atas talian (PdPR);


2. Memperbanyakkan bahan Pendidikan berteraskan radio melalui BSTP dan jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk diberikan kepada stesen-stesen radio nasional dan negeri samada awam mahupun swasta.


3. Mendapatkan Kerjasama syarikat telekomunikasi untuk membiayai rancangan-rancangan pendidikan melalui radio demi pendidikan anak-anak rentan dan mereka yang tidak mendapat capaian internet.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH, Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP), Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah), Wilfred Madius Tangau (UPKO), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda), Amiruddin Hamzah (Pejuang) dan Ahmad Hassan (Warisan).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page