top of page

Mandikan remaja seperti jenazah: Elok pihak masjid berlapang dada - Halimey



Insiden memandikan remaja yang ditahan kerana cuba mencuri tabung masjid seperti jenazah biar pun hampir seminggu berlalu tetapi masih diperkatakan.


Terbaharu, Sinar Harian melaporkan pihak pengurusan Masjid Al-Islahiah di Kuang berkata mereka tidak berhasrat untuk membuat permohonan maaf kepada remaja terbabit sebagaimana disarankan oleh beberapa pihak.


Hal itu, menurut Nazir masjid berkenaan, remaja terbabitlah yang perlu memohon maaf kepada pengurusan masjid kerana kesalahan menceroboh.


Mengenai video tular pula, katanya, pihak masjid mempunyai peguam dan semua urusan akan dibuat melalui peguam yang dilantik.


Bagaimanapun bagi Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, tidak ada salahnya andai pihak masjid beralah sedikit dalam hal berkenaan sebagai pendekatan dakwah yang lebih harmonis.


"Saya mohon pihak masjid berlapang dada dan menunjukkan contoh terbaik kesederhanaan Islam.


"Sebagaimana Allah telah menjadikan Rasul-Nya tauladan yang baik bagi umat manusia, maka umat Islam harus menjadi tauladan atau contoh yang terbaik kepada umat yang lain," katanya dalam ciapan di Twitter.


Untuk rekod, pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi menyarankan agar ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan pihak yang menularkan video seorang remaja dimandikan seperti jenazah membuat permohonan maaf secara terbuka.


Hakim Datuk Abd Halim Aman dilaporkan berkata, pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan perlu bertindak sedemikian sebagai langkah untuk menjernihkan keadaan.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page