top of page

Mana Pindaan Akta 355, Penyokong MN Dibuai Retorik

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • Jun 17, 2020
  • 1 min read

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata Muafakat Nasional (MN) menjual retorik kepada orang Melayu untuk mendapatkan sokongan. Menurutnya, sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 Umno dan Pas bersungguh-sungguh mahu meminda Akta 355 bagi memudahkan perlaksanaan hukum hudud. Namun selepas mereka menjadi kerajaan tidak lagi kedengaran pindaan tersebut.


Begitu juga isu pemandu mabuk, sebelum ini Pas lantang menyuarakan keperluan untuk menangani hal tersebut. Sekarang tidak pula dilihat tindakan mereka. MN tidak seharusnya menyepi apabila telah menjadi kerajaan. Prinsip adalah prinsip.


MN juga sebelum ini sibuk berkempen Buy Muslim First (BMF). Namun apabila menjadi kerajaan inisiatif tersebut tidak lagi diutamakan.


Bagi Fuziah, kempen PH sebelum ini lebih universal dengan mengutamakan produk halalan toyiban dan tidak bersifat emosi-politik sebagaimana dilakukan MN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page