Mana bukti tanpa Tun Mahathir PH tidak dapat undi Melayu? - Hassan Karim



Kenyataan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sekiranya beliau diketepikan oleh Pakatan Harapan (PH) maka gabungan itu tidak akan mendapat undi Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dipertikaikan banyak pihak.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, tidak ada bukti konkrit berdasarkan rekod PRU ke 14 lalu bahawa Tun adalah punca utama kemenangan PH.


Katanya, fakta jelas menunjukkan parti Bersatu pimpinan Mahathir yang bertanding sebanyak 52 kerusi Parlimen di kawasan majoriti Melayu kalah teruk di tangan Umno.


"Dari 52 kerusi yang ditandingi oleh Bersatu atas nama PH hanya 13 kerusi sahaja Bersatu pimpinan Mahathir menang.


"Manakala KEADILAN bertanding kurang dari Bersatu, iaitu hanya sebanyak 50 kerusi dan menang sebanyak 48 kerusi. KEADILAN menjadi parti terbanyak menang dalam gabungan PH.


"Umno yang bertanding di kawasan majoriti Melayu pula menang paling banyak kerusi, lebih 50 kerusi mengalahkan calon-calon parti pimpinan Mahathir. Mana kekuatan Mahathir?" katanya dalam satu kenyataan.


Hassan turut membuat perbandingan prestasi Bersatu di peringat negeri. Katanya, di Johor daripada 56 kerusi DUN, Bersatu pimpinan Mahathir bertanding paling banyak kawasan iaitu 18 kerusi di kawasan Melayu.


Malangnya, Bersatu kalah lebih daripada separuh di tangan Umno. Bersatu hanya menang 8 kerusi DUN sahaja.


"Apa yang sebenarnya berlaku, Mahathir dan Bersatu pimpinannya terhutang budi kepada parti pelbagai kaum iaitu KEADILAN dan DAP, dua teras multiracial parti dalam PH untuk calon-calon Bersatu memenangi pilihan raya. PH selain Bersatu kebanyakannya bertanding di kawasan campuran.


"Sokongan undi Melayu yang diterima oleh PH termasuk Bersatu yang menggunakan logo KEADILAN tidak banyak beza dari apa yang mereka terima dalam PRU 13 tahun 2013.


"Oleh itu, pertambahan undi Melayu diterima PH bukan kerana Mahathir tetapi kerana orang Melayu menolak kerajaan BN pimpinan Najib Razak dan juga simpati rakyat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KEADILAN dan Ketua Umum PH yang dizalimi oleh pemerintah BN yang memenjarakannya," katanya lagi.


Hassan juga berpendapat aura Datuk Seri Anwar yang dijanjikan akan diangkat sebagai PM sekiranya PH menang PRU tidak boleh di kesampingkan.


Katanya, aura itu membangkitkan semangat kepada anak muda Melayu menolak rejim Najib dalam PRU berkenaan.


"Jelas pengaruh dan karisma kepimpinan Anwar di kalangan genersi muda dan terpelajar Melayu amat membantu PH, bukannya kerana pengaruh Mahathir.


"Manakala Mahathir yang dikatakan popular dan disokong rakyat di luar bandar dan desa tidak menjadi kenyataan dan tidak membantu PH.


"Kawasan desa, kampung dan luar bandar, majoriti pengundi Melayu masih menyokong Umno dan menolak Mahathir, termasuk di kawasan-kawasan Felda," katanya.


Sehubungan itu, Hassan menyeru agar Tun memperhalusi prestasi bekas partinya Bersatu sebelum mengeluarkan kenyataan pada masa hadapan


Beliau menyarankan agar Mahathir berhenti bermimpi di siang hari serta jangan membuat dakwaan-dakwaan palsu dan tidak berasas dari segi fakta.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER