top of page

Malcolm X 100 Tahun: Kemanusiaan Tanpa Sempadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read

DS Anwar pada 1990an bersama pemimpin ABIM Dr Mohd Nur Manuty perkenalkan perjuangan Malcom X
DS Anwar pada 1990an bersama pemimpin ABIM Dr Mohd Nur Manuty perkenalkan perjuangan Malcom X

Malcolm X merupakan sosok pejuang beretnik Afro yang sepanjang hidupnya diburu dan diancam kerana menentang keras faham perkauman ekstrem kulit putih di Amerika Syarikat.


Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan, Malcolm X banyak mempengaruhi pandangan tokoh tokoh politik Islam dunia termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Katanya, PMX yang tiga dekad lalu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah memperkenalkan perjuangan Malcolm X yang dibintangi Denzel Washington kepada rakyat Malaysia pada 1996 menerusi Tayangan Perdana Filem Malcolm X dengan kerjasama TV3.

Malcolm X
Malcolm X

"Saya masih ingat pada waktu itu, sama-sama menonton di Pusat Matrikulasi UIAM Lembah Pantai.


"PMX sering menekankan betapa tingginya konsep karamah insan dalam Islam melalui peristiwa dan pengajaran apabila Malcolm X menyaksikan dengan matanya sendiri himpunan raksasa jemaah haji dari seluruh dunia bersidang di Arafah dengan hanya memakai kain ihram berwarna putih; menandakan persamaan manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit atau status sosial," katanya.


Sehubungan itu, dalam ucapan beliau di UNISEL merasmikan program “Sambutan Malcolm X 100 Tahun: Kemanusiaan Tanpa Sempadan” anjurkan UNISEL dengan kerjasama Yayasan Penataran Ilmu (YPI) dan Institut Darul Ehsan (IDE) baru baru ini, Dr Zulkifli berkongsi pengalaman ketika berkhidmat di New York dan berkesempatan mengunjungi masjid-masjid di kawasan Harlem.


"Saya juga menyentuh mengenai hubungan Muhammad Ali dan Malcolm X yang sangat menarik untuk dikaji.


Malcolm X hebat berpidato
Malcolm X hebat berpidato

Malcolm X hebat berpidato

"Pandangan alam Malcolm X berubah sepenuhnya setelah menunaikan haji pada 1964. Daripada seorang bersifat perkauman menjadi insan yang mengangkat kemanusiaan dan mengiktiraf kewujudan bersama secara damai dalam kepelbagaian," katanya lagi.


Menurut Dr Zulkifli, PMX sering menekankan betapa tingginya konsep karamah insan dalam Islam melalui peristiwa dan pengajaran yang dialami Malcolm X sewaktu menunaikan haji.


Sebagaimana tulisan Malcolm yang mengesankan: “Eaten from the same plate with fellow Muslims whose eyes were bluer than blue, whose hair was blond, blonder than blond, whose skin was whiter than white and we were all the same.”

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page