top of page

Malaysia wujudkan kerjasama istimewa dengan Singapura, Thailand



Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul bersama dasar baharu melibatkan kerjasama dengan Singapura dan Thailand dalam hampir kesemua bidang.


Hal itu diumumkan oleh PM dalam ucapan penggulungan Presiden KEADILAN pada Kongres Nasional KEADILAN 2023 petang tadi.


Menurut Anwar, hubungan yang kurang menjadi dan halangan dengan Singapura selama ini telah dirungkai dan kerjasama dilakukan ke arah perkongsian ekonomi dan persekemakmuran bersama.


"Dalam beberapa kali pertemuan saya dengan PM Lee Hsien Loong saya beritahu bahawa pentadbiran Kerajaan Perpaduan mengambil sikap yang sangat positif dan saya terima perakuan beliau bahawa semua hal terbantut, soal air, ruang udara atau soal sempadan, kita sudah tunggu puluhan tahun, harus ada tekad politik untuk menyelesaikan dan memberi keuntungan kepada kedua dua negara


"Oleh kerana semangat yang begitu, ada rencana sekarang tentang zon ekonomi di Johor yang diselenggarakan antara kedua dua Menteri Ekonomi untuk mempastikan kerjasama ditingkatkan dan memastikan faedah bagi Malaysia diperolehi," katanya.


Manakala asar dengan Thailand pula, kata Anwar, Malaysia akan meningkatkan kerjasama ekonomi di sempadan utara secara memperkuat usaha pelancongan.


"Esok saya akan ke sempadan Sadao dan Bukit Kayu Hitam bersama PM Thailand. Pendekatan kita ialah memastikan perjalanan dua hala itu baik, cekap, menggalakkan pelancongan dua hala yang lebih tinggi. Sama ada rakyat Malaysia ke Siam atau rakyat Siam ke Langkawi, Pulau Pinang dan beberapa kawasan lain


"Selain itu, tekad saya dengan PM Srettha ialah memastikan pembangunan di kawasan utara Semenanjung dan selatan Thailand, terutama 4 wilayah.


"Ini bukan bermakna pertumbuhan ekonomi tetapi juga keamanan dan kedamaian yang adil bagi selatan Siam," katanya.


Menurut Anwar, kerajaan akan mengutamakan industri pelancongan untuk memperbanyak tukaran matawan asing


Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan memudahkan kemasukan pelancong asing dan dasar sebelum ini yang memudahkan kemasukan tanpa visa bagi negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan akan dilanjutkan kepada negara China dan India.


"Dua hari lalu kita ucap terima kasih kepada kerajaan China kerana memberikan kemudahan visa kepada 3 negara Eropah dan satu negara Asia, Malaysia. 15 hari tanpa visa ke negara China.


"Hubungan antarabangsa dua hala ini jangan diperlekeh seperi dibuat oleh pembangkang.


"Pada hari ini saya umum, kerana tahun depan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia - China. Mulai 1 Disember ini tambahan dari negara Arab, kemudahan kepada rakyat China dan India ke Malaysia berupa pengecualian visa selama 30 hari.


"Pengecualian tertakluk kepada tapisan keselamatan," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page