top of page

Malaysia ungguli kewangan Islam dunia jauh tinggalkan pesaing – Dr Zulkifli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 19
  • 2 min read

ree

Malaysia sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju kewangan Islam global apabila terus berada di tangga teratas carta Global Islamic Economy Indicator.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar) berkata, pencapaian itu membuktikan Malaysia bukan sahaja berjaya mengekalkan momentum malah terus menjadi rujukan utama dalam landskap kewangan Islam dunia.


"Malaysia terus mengungguli carta Global Islamic Economy Indicator. Lebih menarik, Malaysia jauh meninggalkan yang lain dengan lebih 65 mata terkehadapan berbanding tempat kedua," katanya dalam satu kenyataan media.


Beliau yang juga penerima anugerah antarabangsa dalam bidang kewangan Islam berkata, sepanjang lebih 20 tahun penglibatan langsungnya, beliau melihat Malaysia memiliki asas kukuh untuk terus meneroka peluang baharu.


"Tahun ini sebagai tanda lebih 20 tahun pengalaman terlibat langsung dengan kewangan Islam, saya menerbitkan buku the Future of Islamic Finance.


"Saya cuba melontarkan idea untuk melihat Kewangan Islam di Malaysia terus terbang tinggi dan meneroka peluang menerusi dimensi yang lebih menyeluruh selari dengan Maqasid al-Shari'ah," katanya.


Dr Zulkifli juga menegaskan peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), tidak dapat dinafikan dalam merintis perjalanan ekonomi Islam negara sejak awal.


"PMX adalah antara tokoh terawal merintis ekonomi dan kewangan Islam di Malaysia.


"Beliau menyumbang jasa yang cukup besar malahan sebelum terjun dunia politik lagi.


"Penubuhan Bank Islam, UIAM, UNITEN, Amanah Ikhtiar Malaysia dan lain-lain sumbangan yang begitu signifikan dalam sejarah Malaysia," ujarnya.


Menurut beliau lagi, hasil pemerhatiannya mendapati PMX merupakan antara segelintir pemimpin bertaraf dunia yang konsisten memperjuangkan agenda kewangan Islam sejak era awal pembabitan dalam gerakan anak muda.


Dr Zulkifli yakin dengan asas kukuh yang ada, Malaysia bukan sahaja akan terus kekal sebagai kuasa kewangan Islam, malah mampu menjadi peneraju dalam melakar masa depan kewangan Islam global.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page