top of page

Malaysia, UAE kerjasama tingkat kemahiran, AI, mobiliti tenaga kerja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 10
  • 2 min read
Steven Sim mengunjungi  Menteri Sumber Manusia dan Emiratisasi UAE, Dr Abdulrahman Abdulmannan Al Awar
Steven Sim mengunjungi  Menteri Sumber Manusia dan Emiratisasi UAE, Dr Abdulrahman Abdulmannan Al Awar

Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal memperkukuh kerjasama dua hala dalam aspek mobiliti bakat, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan kesiapsiagaan kecerdasan buatan (AI).


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkata, kesepakatan itu dipersetujui pada pertemuan rasmi antara Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dan Menteri Sumber Manusia dan Emiratisasi UAE, Dr Abdulrahman Abdulmannan Al Awar di Dubai.


"Pertemuan ini menjadi titik tolak penting dalam memperkukuh strategi dan kerjasama berorientasikan masa depan yang memberi fokus kepada dasar tenaga kerja digital, migrasi buruh dan transformasi pendidikan sejajar perubahan pesat dalam landskap teknologi dan pasaran buruh global.


"Kedua-dua menteri mengulangi komitmen untuk memanfaatkan hubungan erat ini bagi membina tenaga kerja masa depan yang inklusif, bersedia, dan sejajar dengan piawaian global," menurut kementerian itu dalam kenyataan.


Sementara itu KESUMA memaklumkan, Steven Sim telah menjelaskan kepada Dr Abdul Rahman bahawa Malaysia kini sedang giat membuat persediaan dari segi tenaga kerja bagi menghadapi cabaran era AI.


Hasil kajian oleh TalentCorp pada tahun 2024 bertajuk “Kajian Utama Mengenai Impak AI, Digitalisasi dan Ekonomi Hijau terhadap Tenaga Kerja.” akan digunakan sebagai asas untuk membangunkan strategi nasional dalam menghadapi perubahan pesat dalam dunia pekerjaan.


"Dr Abdulrahman telah menyatakan kesediaan UAE untuk berkongsi pengalaman negara itu dalam mengintegrasi teknologi AI dalam sektor kewangan, bioteknologi dan perkhidmatan awam di Malaysia.


"Sebagai tanda kerjasama antarabangsa, UAE menjemput Steven menghadiri Abu Dhabi Dialogue pada Februari 2026, yang akan memfokuskan kepada migrasi beretika, hak pekerja dan penyelarasan dasar rentas negara," tambah kenyataan tersebut.


Malaysia dan UAE telah menjalinkan hubungan diplomatik sejak tahun 1983, berasaskan nilai bersama dan kerjasama ekonomi yang kukuh.


Negara itu yang kini menduduki tangga ketiga dunia dalam kesiapsiagaan bakat AI merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di Timur Tengah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page