top of page

Malaysia tolak cadangan 'zon selamat' oleh Israel



Hasrat rejim Zionis Israel untuk mewujudkan ‘zon selamat’ di Al-Mawasi, selatan Gaza menerima bantahan dari Malaysia.


Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam perbahasan mengenai situasi di Asia Barat termasuk Palestin pada sidang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Rabu menegaskan pendirian kerajaan bahawa usaha rejim itu terangan-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.


"Malaysia membantah tindakan mengusir rakyat Palestin secara paksa, di mana ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa.


"Malaysia sangat bimbang dengan hasrat Israel untuk mewujudkan apa yang dinamakan ‘zon selamat’ yang telah ditolak oleh PBB dan agensi kemanusiaan yang lain," tegas Zambry.


Sementara itu tambah beliau, Majlis Keselamatan PBB mesti melaksanakan tanggungjawabnya dan mengambil segala langkah yang perlu bagi merealisasikan penyelesaian dua negara melibatkan Palestin dan Israel.


Penyelesaian tersebut tegasnya mendapat sokongan padu daripada masyarakat antarabangsa dan diiktiraf oleh pelbagai resolusi PBB.


"Kitaran keganasan terhadap rakyat Palestin yang berlaku sejak sekian lama mesti dihentikan. Mereka mesti dikeluarkan daripada situasi gelap ketika ini untuk masa depan yang lebih cerah.


"Terlalu banyak masa telah dibazirkan dan terlalu banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban," tambahnya.


Beliau turut menggesa Majlis Keselamatan PBB memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar sehingga menyebabkan berlaku salah satu tragedi paling berdarah dalam sejarah dunia moden selama lebih tujuh dekad.


"Ini adalah mesej yang jelas, bukan sahaja daripada rakyat Malaysia, tetapi juga daripada seluruh warga dunia yang mencintai keamanan," katanya dipetik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page