top of page

Malaysia tidak sekaya dahulu, menteri selepas PRU 15 perlu kreatif, inovatif, bijaksana



Memilih pemimpin pada Pilihan Raya Umum ke 15 merupakan tugas yang paling sukar dilakukan rakyat Malaysia sepanjang sejarah negara ini.


Bukan sahaja menteri yang akan dilantik perlu menyelesaikan hutang negara sekitar RM1.2 trilion, tetapi hal itu harus dilakukan dalam keadaan hasil bumi semakin merosot dan perubahan teknologi yang menyebabkan daya saing negara melongsor berbanding negara jiran.


Bagi Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, memerintah Malaysia pada era sebelum 2000 jauh lebih mudah berbanding tahun tahun akan datang.


"Dulu tadbir Malaysia tak susah sebab negara ini kaya. Asalkan kerajaan boleh beri hala tuju, pastikan insfrastruktur ada dan ekonomi boleh berkembang. Itu berlaku pada 1970an, 80 dan 90an.


"Sebab itu kita boleh survive dengan 3 perkara utama sahaja. Dengan segala korupsi, segala masalah tahun demi tahun, kita ada penurunan tetapi kita boleh survive. Kita survive dengan kelapa sawit, minyak dan sektor pembuatan


"Tetapi sesiapa yang urus organisasi tahu, biar pun kita mula dengan syarikat paling besar dan paling kaya, bila tidak urus dengan baik, dia hilang daya saing.


"Telah berlaku kepada Kodak, telah berlaku kepada banyak syarikat. Sebab itu masalah yang sama berlaku kepada Malaysia kerana membiarkan kejatuhan sistemik berdekad dekad. Selepas krisis ekonomi 1997, keadaan kita makin terancam sebab persaingan ini dinamik. Kita tak berada di tempat sama sampai bila bila.


"Waktu kita bergaduh, Vietnam memotong kita. Filipina saya rasa KDNK telah mengatasi kita. Keadaan ini makin teruk kerana benda ini (persaingan ekonomi) tak statik," katanya dalam program "Merdeka Talk: Reimagining Malaysia's Future", malam tadi.


Menurut Rafizi lagi, memburukkan keadaan apabila Malaysia diperintah oleh sebaris pemimpin yang lemah dan kemudian pemimpin penyamun yang bukan sahaja tidak faham perkembangan teknologi semasa tetapi hanya mementingkan berbelanja mewah.


"Oleh itu, satu benda saya bimbang kita terjerat dalam budaya mediocrity, iaitu budaya cukup makan. Itu paling berbahaya.


"Kalau dulu cukup makan kita kaya, walau kita berlari tak jauh mana. Tetapi dalam keadaan teruk sekarang budaya cukup makan ini akan menyebabkan kita dipotong oleh semua pesaing yang lain.


"Itu keadaan kita sekarang. Budaya cukup makan ini kalau kita tidak selesaikan dengan lebih baik, ia akan ada kesan yang panjang," katanya.


Bagaimanapun tidak seperti pemimpin lain yang mengaitkan soal kemerosotan ekonomi, pendidikan atau keselesaan hidup rakyat dengan rasuah, apabila dihapus rasuah maka kehidupan menjadi lebih baik, Rafizi berkata, gerakan Ayuh Malaysia menumpukan 5 perkara teras yang tidak berkaitan rasuah.


Katanya, sebaik sahaja perubahan kerajaan berlaku tentu sekali rasuah akan menjadi perkara utama ditangani.


Namun masalah ekonomi dan kesejahteraan rakyat memerlukan tuntutan khusus yang perlu ditangani dalam 5 teras Ayuh Malaysia.


"Kalau ada perkara yang menjamin semua ini (tangani korupsi), itu tidak akan menyelesaikan masalah utama yang merosakkan ekonomi rakyat.


"Gaji rakyat atau anak muda tidak akan naik. Kita juga tidak pasti boleh bina perumahan mampu milik kepada semua. Parlimen bebas tidak, tidak menentukan lebih ramai anak kita dapat penddidikan tinggi dan berhutang sampai mati


"Malasah Malaysia lebih kepada salah guna kuasa politik dan sebagainya. Kita diwariskan dengan masalah struktur ekonomi. Kita kena faham kita ada masalah struktur ekonomi yang serius," katanya.


Oleh itu, Rafizi mencadangkan, dalam keadaan negara yang meruncing ini ahli politik yang perlu diangkat sebagai pemerintah mestilah seorang yang kreatif dan bijaksana.


Di samping itu, katanya, orang berkenaan mampu bekerja memimpin pentadbir awam dalam melaksankan pelan pemulihan negara yang akan dirancang kelak.


"Orang yang nak melaksanakan itu mesti cekap, berkemahiran dan kompeten, barulah pelan pemulihan berjalan dengan baik.


"Orang yang nak buat kerja itu mesti ambil kira kepentingan semua.


"Macam mana nak pulihkan Malaysia, kita perlu pilih ahli politik hanya yang jujur, kalau ada masalah perlu berundur, kita juga nak pastikan bukan sahaja orang baik tetapi ada idea.


"Kita mahu pastikan dia bukan jenis sembang. Bagi buat kerja semua tak boleh. Saya tidak suka ahli politik yang tidak pernah buat sesuatu di luar politik. Kalau kamu nak jadi ahli politik mesti beri sesuatu yang ekstra.


"Mereka buat NGO atau projek ekonomi tertentu. Jadi kalau orang itu tak pernah uruskan pasukan atau organisasi dia ada masalah," katanya lagi.


Justeru dengan menawarkan pasukan yang baik, Rafizi berharap rakyat mampu melaksanakan tanggungjawab dengan memilih dan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya akan datang. Keputusan yang salam pada waktu negara kekurangan sumber sama sekali tidak wajar dilakukan.









0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page