top of page

Malaysia tidak iktiraf tuntutan, Peta Standard China Edisi 2023

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 30, 2023
  • 2 min read


Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan kedaulatan mahu pun “Peta Standard China Edisi 2023” (2023 edition of the standard map of China) yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli Republik Rakyat China pada 28 Ogos lalu.


Menurut Kementerian Luar Negeri, peta tersebut yang antara lain menunjukkan tuntutan maritim sepihak (unilateral act) China melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979, adalah melanggar sempadan wilayah Malaysia.


"Seperti yang ditegaskan Kerajaan Malaysia berhubung isu Laut China Selatan sebelum ini termasuk isu persempadanan maritim, Malaysia secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara kita berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.


"Dalam konteks ini, Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam “Peta Standard China Edisi 2023” yang meliputi kawasan maritim Malaysia. Peta tersebut sama sekali tidak mengikat Malaysia," kata kenyataan dikeluarkan Wisma Putra petang ini.


Kenyataan itu juga menegaskan isu Laut China Selatan dan sebarang tuntutan kedaulatan bertindih hendaklah diselesaikan secara diplomasi dan berasaskan peraturan sempadan laut antarabangasa yang diiktiaf Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu.


"Malaysia berpandangan isu Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif. Isu ini perlu dikendalikan secara aman dan rasional melalui dialog dan rundingan berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982).


"Malaysia komited untuk terus bekerjasama bagi memastikan semua pihak melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea - DOC) secara menyeluruh dan efektif," kata kenyataan itu lagi.


Selain itu, Wisma Putra juga menjelaskan Malaysia komited terhadap proses rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (Code of Conduct in the South China Sea – COC) yang efektif dan substantif, serta terhadap sasaran untuk memuktamadkan COC seawal yang mungkin.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page