top of page

Malaysia tidak iktiraf LGBT, pembangkang jangan putar belit

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 27, 2023
  • 2 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Isu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bersikap liberal terhadap budaya songsang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) biar pun telah dijelaskan berulang kali namun masih tetap cuba diputar belit oleh pembangkang.


Terbaharu, temuramah PM bersama media antarabangsa CNN yang menyentuh isu berkenaan secara menyeluruh melibatkan rakyat Malaysia pelbagai kaum digunakan sebagai bahan kecaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.


Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, tindakan pemimpin Pas yang cuba memburukkan imej PM kononnya bersikap liberal dan tidak mahu 'mengganggu' (harrassment) golongan itu amat dikesalkan.


Katanya pendirian PM sejak awal jelas tidak mengiktiraf LGBT, dan sebagaimana Pas yang pernah menjadi kerajaan selama 33 bulan tidak mengiktiraf LGBT tetapi tidak mengambil tindakan undang undang secara besar besaran terhadap golongan tersebut maka hal itu juga yang dilakukan kerajaan sekarang.


"(Oleh itu) saya nasihatkan kepada pemimpin Pas, pendirian Malaysia tidak mengiktiraf LGBT itu jelas dan Perdana Menteri berkali-kali menegaskan hal itu.


"Kalau kita tengok waktu pentadbiran 33 bulan (PN) pun mereka tidak melakukan apa-apa (tindakan undang-undang) terhadap komuniti LGBT.


"Jadi, saya nasihatkan kalau nak spin (putar belit) sekali pun beringatlah kita ini hidup tak lama," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramah di PRK Pelangai menyatakan jika kerajaan berpendirian untuk tidak mengganggu kumpulan LGBT, ia akan memberi ancaman kepada masyarakat lain khususnya umat Islam.


Dalam pada itu, Onn menegaskan golongan yang mengamalkan budaya LGBT itu seharusnya dibantu untuk kembali semula ke identiti asal.


Pendekatan hanya menghukum, katanya, tidak banyak mengubah perilaku golongan tersebut.


"Saya fikir tidak seharusnya kita menghukum mereka semata-mata, sebaliknya cara mendidik dan menyantuni (lebih diutamakan) supaya mereka kembali ke fitrah asal. Itu yang harus dilakukan," katanya lagi.


Pada 23 September lalu, PM menerusi wawancara dengan Amanpour yang disiarkan CNN menegaskan pendirian kerajaan Malaysia dan rakyat untuk tidak menerima golongan LGBT.


Dalam temu bual itu Anwar menekankan, mengekang unsur LGBT dan mengizinkan harrassment adalah dua isu yang berbeza.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page