top of page

Malaysia terus bela Palestin biarpun berdepan risiko



Oleh: Abdullah Zaid


Meskipun negara berdepan dengan risiko tekanan luar susulan pendirian tegas Malaysia dalam isu Palestin namun atas dasar kemanusiaan tekad itu mesti diteruskan.


Menerusi satu siaran media, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Malaysia dikenali sebagai negara kecil tetapi soal prinsip keadilan dan kemanusian wajib dipertahankan walaupun berdepan kuasa besar dunia.


"Dalam ucapan Perdana Menteri ada menyebut negara kita diugut tetapi soal perjuangan, prinsip (kemanusiaan) ini mesti ditegakkan.


"Ini adalah perjuangan kita untuk memastikan dunia bebas daripada kezaliman dan bebas daripada mereka yang hanya mementingkan diri sendiri serta kuasa.


"Oleh itu, (solidariti) perpaduan kita untuk bersama dengan rakyat Palestin harus ditunjukkan (oleh semua pihak) di negara kita," katanya.


Untuk rekod, kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya menerima ugutan daripada pihak yang mendukung serangan Israel ekoran kelantangan Putrajaya dalam memperjuangkan rakyat Palestin.


Justeru, sebagai pemimpin nombor satu negara beliau berpendirian untuk terus mempertahankan solidariti bersama Palestin selain menegaskan untuk tidak gentar kepada mana-mana tekanan.


Mengulas lanjut, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia sempat berkongsikan pengalamannya mengikuti rombongan Perdana Menteri dan Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abduk Kadir ke luar negara dalam usaha menyuarakan pandangan Malaysia berkaitan isu konflik berdarah itu.


"Saya sendiri turut bersama dan melihat bagaimana Malaysia terlibat dalam usaha-usaha untuk menyampaikan pandangan di peringkat OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) menerusi mesyuarat khas yang telah diadakan di Jeddah.


"Selain itu, pertemuan PMX dengan negara-negara utama Putera Mahkota Putera Muhammad Salman perbincangan tersebut menyatakan pendirian Arab Saudi kekesalan mereka atas apa yang berlaku," ujarnya.


Jelasnya, dalam rombongan lima hari, Anwar Ibrahim turut mengadakan sesi perbincangan empat mata bersama Recep Tayyip Erdogan (Presiden Turkiye) dan Abdul Fatah Al Sisi (Presiden Mesir) bagi membincangkan kerjasama di antara negara untuk menghentikan serangan rejim Israel.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page