Malaysia teroka pasaran baharu hasil lawatan luar negara
- Suara Keadilan
- May 5
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Siri lawatan ke negara-negara luar pada sebelum ini telah membuka pasaran baharu kepada syarikat dan produk tempatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri (PM) berkata, sebagai contoh negara luar yang telah membuka ruang kepada Malaysia antaranya Peru dan Brazil.
''Peru dan Brazil umpamanya membuka ruang kepada syarikat kita dan juga eksport barangan (daripada) kita.
''Kita juga menekankan tentang keperluan meningkatkan perdagangan intra-ASEAN.
''Peningkatannya itu tidak terlalu melonjak tinggi (4.2%) dan Kesatuan Eropah (EU) meningkat kepada 2.6 peratus,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang khas yang diadakan bertujuan membincangkan mengenai isu tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS).
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan khabar positif iaitu kesediaan EU untuk mempercepatkan proses perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara ASEAN dan EU.
''Peningkatan eksport ke pasaran bukan tradisional 2024 juga membanggakan.
''Saya sebut tadi tentang Mesir.. dengan Mesir peningkatannya adalah 53.6%, Pakistan 29% dan Kemboja 30.1%,'' katanya lagi.
Comentários