top of page

Malaysia sokong reformasi menyeluruh WTO - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 7
  • 1 min read
Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala berbincang bersama PM dan delegasi Malaysia
Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala berbincang bersama PM dan delegasi Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong cadangan yang mahukan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) direformasikan sesuai dengan keperluan semasa perdangangan dunia dalam perekonomian digital, agar lebih saksama kepada negara anggota.


Hal itu disampaikan Anwar dalam kunjungan Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala di sela sela persidangan BRICS di Brazil.


"Saya menerima kunjungan hormat Dr Ngozi Okonjo-Iweala, bagi membincangkan peranan badan itu dalam mendepani cabaran perdagangan global semasa.


"Saya tegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme serta keperluan agar WTO kekal inklusif, berkesan dan responsif.


"Malaysia juga menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap WTO, selain menyatakan keperluan untuk badan ini diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu-isu masa hadapan seperti kecerdasan buatan, perdagangan digital dan dasar iklim, tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun," katanya dalam muat naik di Facebook.


WTO merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang menguruskan peraturan perdagangan antara negara-negara. Ia bertujuan untuk memudahkan perdagangan global, menyelesaikan pertikaian perdagangan, dan mempromosikan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page