top of page

Malaysia - Singapura bincang lanjut isu keselamatan siber



Malaysia dan Singapura sedang merangka kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu penipuan atas talian (online scam).


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil melalui satu kenyataan berkata beliau dan Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura, Josephine Teo telah mengadakan mesyuarat mengenai perkara itu di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Mereka turut membincangkan kerjasama untuk mengoptimumkan penggunaan data sebagai sumber komoditi yang berharga dalam pertumbuhan ekonomi digital negara.


"(Mesyuarat) membincangkan dengan lebih mendalam hala tuju kerjasama Malaysia dan Singapura dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital selain bidang komunikasi," kata Fahmi dalam kenyataan media petang semalam.


Mesyuarat itu merupakan lanjutan kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersempena lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada 30 Januari lalu yang menyediakan platform kepada agensi-agensi di kedua-dua negara memulakan kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang digital.


Mesyuarat menyentuh pelbagai isu antara Malaysia - Singapura

Turut serta dalam sesi mesyuarat itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura, Joseph Leong, Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), dan Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.


Dalam kenyataan sama, Fahmi turut mengalu-alukan kesudian Teo serta delegasinya untuk menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza yang dihoskan oleh Malaysia.


"Konsert anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MediaCorp Suria Singapura ini merupakan konsert kali ke-14 yang bermatlamat untuk menaikkan taraf industri muzik kedua-dua negara menerusi pertukaran kepakaran dan pengalaman serta penggunaan teknologi, selain memberi pendedahan kepada budaya kerja antara kedua-dua stesen penyiar," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page