top of page

Malaysia sedia laksana sistem dwirangkaian 5G



Syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian 5G akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, selepas itu proses mengenal pasti telco yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula.


"Proses ini hanya akan dibuka kepada syarikat-syarikat telco yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) dalam DNB.


"Pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial tetapi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah memutuskan dasar dwirangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemapanan (sustainability) ekosistem telekomunikasi dalam negara ini," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata pelaksanaan rangkaian 5G kedua itu merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong yang melakukan kunjungan hormat ke kementerian di Putrajaya hari ini.


Dalam pertemuan lebih 40 minit, kata beliau, kedua-dua pihak telah membincangkan banyak perkara berkait isu telekomunikasi termasuk pelaksanaan rangkaian 5G kedua.


"Saya telah menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia kekal komited untuk melaksana dasar model dwirangkaian 5G. Selain itu, perbincangan kami turut memberi fokus kepada usaha mengeratkan hubungan antara kedua-dua kementerian.


"Saya turut menyentuh teknologi “direct-to-cell” melibatkan satelit orbit rendah Bumi (LEO) yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah internet di kawasan terpencil, serta kawasan yang tiada sambungan Internet," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page