top of page

Malaysia sambut baik Kosovo buka kedutaan di Kuala Lumpur

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 2 min read

PM DS Anwar menyambut ketibaan Presiden Kosovo di Putrajaya. Foto FB Anwar
PM DS Anwar menyambut ketibaan Presiden Kosovo di Putrajaya. Foto FB Anwar

Malaysia menyambut baik pembukaan Kedutaan Kosovo di Kuala Lumpur yang beroperasi hari ini sekali gus menyaksikan ia menjadi lembaran baharu hubungan dua hala dengan negara Balkan itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sadriu berkata ia merupakan satu lagi pencapaian penting dalam hubungan dua hala dan memudahkan perdagangan serta pelaburan.


"Ini pastinya akan memudahkan perdagangan, pelaburan, pendidikan, budaya, dan pelancongan antara kedua-dua negara termasuk produk halal, kerana pensijilan halal di Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa dan juga akan memudahkan eksport produk kami, serta produk dari Kosovo.


"...yang lebih penting lagi, adalah kerjasama antara perdagangan dan pelaburan supaya kita dapat memanfaatkan kekuatan Kosovo dan hubungan kukuhnya dengan EU (Kesatuan Eropah)," kata Anwar dipetik.


Perdana Menteri berkata Malaysia menganggap hubungan dengan Kosovo melangkaui hubungan diplomatik biasa malah memberikan komitmen sebagai sahabat sejati.


"Kami akan terus komited bukan sahaja dalam hubungan diplomatik tetapi juga dalam perdagangan, pelaburan, dan kerjasama yang bermakna antara kedua-dua negara ini.


"Kami juga telah membincangkan beberapa isu antarabangsa kerana kami benar-benar percaya dalam isu kemerdekaan, hak asasi manusia, penghormatan terhadap maruah manusia dan menjelajah pelbagai bidang dari Palestin hingga keamanan di banyak bahagian dunia," ujar Anwar.


Presiden Vjosa Osmani yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi selama empat hari diberi istiadat sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.


Malaysia merupakan antara negara Asia terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Kosovo pada 30 Oktober 2008, dengan hubungan diplomatik rasmi dimeterai pada 18 Mac 2011.


Terdahulu Anwar berkata kerajaan Malaysia dan rakyatnya, sangat gembira kerana Presiden Vjosa Osmani menerima jemputan untuk melakukan lawatan ke negara ini.


"Kami telah meneliti, sudah tentu, sejarah Kosovo dan kami mengagumi ketahanan rakyatnya yang terpaksa menghadapi begitu banyak kesulitan, penderitaan, dan kekejaman yang dilakukan terhadap mereka.


"Rakyat Malaysia telah mengikuti dengan dekat peristiwa di Bosnia-Herzegovina dan Kosovo. Dan apabila Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, beliau adalah antara yang pertama mengambil langkah yang tepat untuk mengiktiraf Republik Kosovo yang merdeka," kata beliau.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page