top of page

Malaysia salur dana kecemasan RM1 juta bantu Palestin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 12, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan akan menyalurkan RM1 juta menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.


Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata langkah segera bantuan Kerajaan Malaysia akan disalurkan kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali hari ini.


"Dalam hubungan ini kerajaan memberi komitmen untuk terus membantu dalam meringankan beban yang dihadapi oleh Palestin.


"InshaAllah sebentar lagi saya akan menyampaikan bagi pihak rakyat malaysia sumbangan awal sebanyak RM1 juta untuk bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dari dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kita," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tan Hong Pin (PH - Bakri) yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu mangsa di Gaza.


Sementara itu, Zambry mengesahkan pihaknya sedang berusaha membawa keluar lima rakyat Malaysia yang dilaporkan berada di Gaza.


Jelasnya, kelima-lima rakyat Malaysia itu telah dikenalpasti dan berada dalam keadaan selamat.


"Lima orang itu adalah seorang ibu bersama tiga orang anaknya dan seorang doktor, Nurul Ain Latif memegang pasport Malaysia, berasal dari Kota Bharu, Kelantan juga telah berkahwin dengan warga Palestin.


"Keadaan mereka berada di tempat yang selamat dan kita juga sedang berusaha untuk melakukan proses evakuasi untuk Dr Nurul Ain.


"Buat masa ini, Malaysia mendapat kerjasama daripada Kedutaan Filipina untuk mengeluarkan keluarga ini bersama dengan lapan warga Indonesia yang berada di Gaza," ujarnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page