top of page

Malaysia raih pelaburan ekonomi digital RM5.2 bilion - Fahmi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 11, 2023
  • 1 min read


Malaysia berjaya meraih pelaburan dalam sektor ekonomi digital sebanyak RM5.2 bilion dari negara China dan Singapura.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, pelaburan itu menunjukkan keyakinan antarabangsa terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kestabilan Kerajaan Perpaduan.


"Saya ingin mengumumkan berita baik. Malaysia telah raih komitmen pelaburan sebanyak RM5.2 bilion dari China dan Singapura.

"Dari China kita raih sebanyak RM3 bilion, manakala Singapura pula sebanyak RM2.2 bilion," katanya dalam kenyataan.


Beliau turut memberi perbandingan pelaburan dalam sektor ekonomi digital yang dibawa masuk kementeriannya pada tahun ini berbanding tahun lalu.


Katanya, setengah tahun pertama 2022 pelaburan hanya RM7.5 bilion.


Sedangkan setengah tahun pertama tahun ini sebanyak RM28.4 bilion.


"Ini bermakna, ada kenaikan sebanyak 279% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.


"InshaAllah Malaysia di landasan yang tepat," katanya lagi.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page