top of page

Malaysia Perlu Permulaan Baharu, Bukan Politik Usang


Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab mengenai pelbagai andaian dan tohmahan mengenai isu peralihan kuasa. Katanya, dalam keadaan sekarang tidak perlu ada sesiapa yang cuba menangguk di air keruh, mahu menjadi pendamai atau sebagainya.


Politik perlu dibawa ke dimensi yang lebih suci dan bukan sekadar landasan sepak terajang untuk merebut kuasa. Politik berkait soal rakyat. Tiada guna mendapat kuasa tetapi kekalkan corak pemerintahan usang, rasuah dan kronisme.


Pemimpin sepatutnya memikirkan dalam pandemik ekonomi adakah boleh menarik pelabur. Anwar mengakui untuk mengekalkan keadaan politik lama adalah sukar. Malaysia perlu mencari hala tuju baharu dan melakukan reformasi total.


Politik adalah untuk kebajikan rakyat dan bukannya melepaskan dendam kesumat atau nafsu serakah.


Anwar juga menyelami masaah anak-anak muda yang dijemput bersiaran perihal isu graduan dikatakan malas kerana tidak mendapat kerja yang setaraf dengan kelulusan mereka.


Anak muda menolak tanggapan itu. Stigma negatif terpalit kepada anak-anak muda akibat dileter pemimpin generasi lama, sehingga menyakitkan perasaan mereka.


Anwar juga mendedahkan jumlah pengangguran semasa mencecah angka 770,000, terutama kadar penganguran kalangan belia yang sangat tinggi. Masalah tersebut hanya boleh diatasi dengan langkah berani dan tegas daripada kerajaan. Yang paling penting diatur adalah menjana pertumbuhan ekonomi, pemerintahan stabil dan polisi baharu diperkenalkan; bukannya sibuk melantik siapa yang akan menduduki pengerusi GLC.


Mengenai jumlah hutang negara, Anwar bertanya adakah hutang sekitar 50% daripada Keluaran Negara Kasar (KNK)? Hutang itu katanya tidak termasuk tanggungan 1MDB, PTPTN, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Kalau hutang itu diambil kira maka jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah 80% KNK.


Defisit belanjawan diunjur 4% dan sekarang melebihi 4.7%. Perlu dipastikan apakah ada hutang yang tidak masuk dalam perbelanjaan atau off budget. Ada RM28 bilion off budget. Itu belum dikira hutang 1MDB dan lain-lain. Kalau dimasukkan mungkin mencecah RM40 bilion.


Tidak mengapa untuk pinjam menjana pertumbuhan ekonomi atau jana bantuan peniaga kecil. Namun apabila mahu meningkatkan had hutang melebihi 55% KDNK maka perlukan kelulusan parlimen. Dan perlu dipastikan peruntukan sampai ke kumpulan sasar.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page