top of page

Malaysia memilih pelabur asing atau pelabur memilih tinggalkan Malaysia?



Penjelasan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Azmin Ali terhadap kekurangan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia pada 2020 dianggap tidak masuk akal.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, alasan Azmin kononnya Malaysia memilih (selective) pelaburan yang ingin memasukki negara ini tidak menjawab dengan tepat kekurangan nilai pelaburan atau penyebab pelabur sedia ada memindahkan operasi ke negara Asia lain.


"Saya terkilan dengan penafian yang dibuat oleh Menteri Kanan MITI, Datuk Seri Azmin Ali bahawa Malaysia telah kehilangan pelaburan asing, terutamanya Syarikat Multinasional (MNC) yang besar ke negara-negara lain di rantau ini.


"Alasan Azmin menyatakan Malaysia kini menjadi lebih selektif dalam menarik pelaburan asing yang berkualiti adalah tidak munasabah.


"Hakikatnya negara-negara jiran kita, seperti Singapura sebagai negara pendapatan tinggi, Vietnam dan Indonesia yang merupakan negara pendapatan sederhana terus memperolehi pelaburan yang kukuh.


"Pada tahun 2019, ketiga-tiga negara tersebut menerima lebih daripada 80% aliran masuk FDI ke Asia Tenggara. Pada tahun lalu dengan cabaran kesihatan sedunia dan ekonomi, Singapura tetap berjaya mencatat aliran masuk FDI sebanyak AS$ 58 bilion iaitu 23.2 kali ganda lebih banyak daripada Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Chean Chung, dengan prestasi teruk Malaysia sebagaimana Laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) bahawa FDI ke negara ini menjunam sebanyak 68% iaitu AS$2.5 bilion pada tahun 2020, ia menjadikan Malaysia mencatat prestasi yang terburuk di rantau Asia Tenggara.


Azmin juga, kata Chean Chung, tidak menjawab mengenai pengaliran keluar modal sejak Perikatan Nasional (PN) mengambilalih teraju kerajaan.


"Satu tamparan lagi ke muka Azmin, setelah Kerajaan PN mengumumkan Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia, IBM memutuskan untuk menutup Pusat Penyampaian Globalnya di Cyberjaya pada 31 Mei. Ia mungkin menyebabkan lebih kurang 1000 orang yang akan kehilangan pekerjaan.


"IBM bukannya syarikat multinasional pertama menghentikan pelaburan di Cyberjaya dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Pada November 2020, syarikat IT Jerman T-Systems juga telah menjual perniagaannya di Malaysia dan menyebabkan 800 pekerja kehilangan pekerjaan.


"Kenapa ketika Azmin bicarakan pelaburan berkualiti, tetapi syarikat multinasional memilih untuk meninggalkan Malaysia? Lebih malang lagi sehingga ke hari ini, tiada sebarang penjelasan daripada Kerajaan PN mengenai sebab atau alasan syarikat MNC meninggalkan Malaysia atau mengumumkan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini kepada orang ramai," kata Chean Chung lagi.


Bagi ADUN Semambu itu, penafian Azmin dan Kerajaan PN tidak akan membantu mengakui kelemahan struktur yang sedia ada seperti yang telah diketengahkan oleh Bank Dunia baru-baru ini, serta mengenalpasti peluang pertumbuhan baharu untuk mendorong negara ke tahap yang berikutnya.


Katanya, kenyataan yang manis bermadu tidak akan membantu kerana pelabur-pelabur akan 'mengundi melalui kaki' mereka.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page