top of page

Malaysia mampu bawa pulang pingat emas Olimpik pertama - PM



Kontinjen Malaysia yang akan menyertai temasya Sukan Olimpik di Paris tahun hadapan dicabar untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas pertama acara sukan paling berprestij itu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melontar cabaran itu berkata, beliau percaya harapan tinggi itu bukan perkara mustahil untuk direalisasi atlet negara sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk memberikan yang terbaik dalam acara sukan yang disertai.


"Saya mahu sekurang-kurangnya kita kena capai satu pingat emas pada Sukan Olimpik akan datang.


"Kita mesti cuba sedaya upaya, usaha dan ikhtiar sebaik mungkin... selebihnya tawakal dan terima keputusan secara terbuka.


"Ini cabaran saya kepada Menteri (Belia dan Sukan), Hannah Yeoh dan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selaku Presiden Majlis Olimpik Malaysia," kata Anwar pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 di Dewan Banquet, Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.


Pada Majlis yang juga dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta kepimpinan persatuan dan badan sukan negara itu, Anwar turut menyampaikan anugerah Olahragawan Kebangsaan ASN 2021 kepada jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang (gambar) yang merangkul anugerah itu untuk kali kelima.


Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong pula kembali dinamakan sebagai Olahragawati Kebangsaan, yang juga gelaran keempat buatnya selepas kali terakhir meraihnya pada 2015.


Pada acara sama, Pengerusi Pakatan Harapan itu menuntut semangat 'Malaysia Madani' diterapkan oleh semua persatuan sukan bagi menghormati dan meraikan perbezaan agama serta budaya semua kaum.

Beliau mengambil contoh bekas pengurus kelab bola sepak Manchester United, Sir Alex Ferguson yang mengecap kejayaan dengan resipi meraikan perbezaan budaya dan agama dalam kalangan pemain.


"Inilah kekuatan kita, saya juga seperti saudara ada minat sukan-sukan tertentu. Setiap kali menang kita tidak tanya dia dari Sarawak atau dari Perlis, kita tidak tanya dia Muslim, Hindu, Melayu atau Cina.


"Kita merupakan kebanggaan bagi negara Malaysia tercinta," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page