top of page

Malaysia mahu dunia hentikan pembunuhan beramai ramai di Palestin



Malaysia menyuarakan pendirian tegas mahu negara negara Islam dan seluruh dunia menghentikan tindakan kejam Israel membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa di Semenanjung Gaza.


Menurut Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh, pendirian tegas Malaysia itu disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang menghadiri Open-Ended Extraordinary Meeting of The OIC Executive Committee At The Level of Foreign Ministers pada 18 Oktober lalu di Jeddah, Arab Saudi.


Syed Ibrahim yang mengikuti lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Riyadh, Arab Saudi berkata, dalam mesyuarat tersebut Menteri Luar telah menyuarakan bahawa apa yang berlaku di Gaza merupakan satu jenayah pembunuhan beramai-ramai atau genocide yang bukan bermula pada 7 Oktober lalu tetapi sejak berdekad lamanya.


"Dengan pengeboman Hospital Al-Ahli di Gaza, Malaysia menegaskan kalimah kutukan (ke atas Israel) wajib diterjemah kepada tindakan tuntas untuk menghentikan pembunuhan dahsyat dan mengheret Israel ke muka pengadilan. Ia bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa tetapi lebih buruk lagi, menyongsang hati nurani kemanusiaan yang asas.


"Justeru beliau (Dr Zambry) mendesak supaya sebarang permusuhan dengan rakyat Palestin yang tidak berdosa dihentikan, tindakan ketenteraan sembrono dan melampau oleh Israel dinoktahkan, politik perampasan dan pengilhakan haram (illegal annexation) ditamatkan di samping menghentikan serta merta jenayah perang dan dasar apartid oleh rejim Israel," katanya dalam kenyataan.

Syed Ibrahim menghadiri persidangan di Arab Saudi

Menurut Syed Ibrahim lagi, Dr Zambry menegaskan sikap dwi-standard masyarakat antarabangsa begitu ketara apabila mengenakan pelbagai jenis sekatan ke atas Rusia kerana menceroboh Ukraine tetapi berlepas tangan ke atas hal sama dilakukan Israel.


Beliau menegaskan perlu ada usaha untuk mewujudkan koridor kemanusiaan yang selamat dan bebas ke Gaza supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan agar jalur Gaza tidak menjadi bencana kemanusiaan dunia yang terburuk.


Manakala dalam mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Malaysia mengenengahkan komitmen negara untuk melibatkan diri secara langsung dalam penyelesaian konflik Palestin - Israel


Malaysia, kata Syed Ibrahim, bersedia melibatkan diri dalam usaha berkenaan selari dengan komitmen yang diberikan oleh PM untuk melakukan apa sahaja yang perlu demi keamanan dan hak rakyat Palestin


Menurut beliau, mesyuarat khas OIC akhirnya bersetuju meluluskan 15 perkara yang intipatinya ialah mengambil langkah perlu untuk memaksa Israel menghentikan semua pelanggaran, serangan dan jenayah serta berusaha memberi perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin daripada serangan berterusan oleh rejim Israel


Hubungan pelbagai hala akan dibuat dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB), Setiausaha Agung PBB, Kesatuan Eropah dan penyelarasan dengan Liga Negara Arab, Majlis Kerjasama Telok (GCC), Kesatuan Afrika dan NAM.


Sementara itu, tambah tambah Ahli Parlimen Ledang itu, hari ini berlangsung Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang bakal dihadiri YAB PM, Putera Mahkota Mohamad bin Salman dan negara ASEAN serta GCC.


Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia berkata, beliau akan mendukung penuh perjuangan kemerdekaan Palestin.


"Sebagai Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, saya mendokong usaha Malaysia untuk terus memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.


"Kehadiran saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen dari Bentong, Tampin dan Hulu Langat di sini mencerminkan sokongan Parlimen Malaysia.


"Yang penting semua pihak terus memainkan peranan masing-masing untuk penamatan krisis. Penghargaan buat NGO dan rakyat Malaysia yang prihatin dan terus bersuara," kata beliau lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page