top of page

Malaysia MADANI kunci rakyat kecapi kemajuan, kemakmuran bersama



Hari Kebangsaan pada tahun ini akan disambut dalam kerangka Malaysia Madani yang akan menjadi kunci keharmonian dan kemakmuran bersama.


Hal itu diungkapkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil yang melancarkan logo serta tema Hari Kebangsaan 2023 di KLCC, Kuala Lumpur, pagi ini.


Menurut beliau tema “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” adalah tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan tinggi, bersatu-padu serta tekad untuk berkehidupan aman sejahtera.


"Kemerdekaan yang dikecapi oleh kita semua memungkinkan kita untuk terus hidup dengan aman dan makmur. Malaysia perlu mempunyai indeks kestabilan yang menjamin kesamarataan sosioekonomi setiap bangsa.


"Namun begitu, sehingga hari masih wujud unsur-unsur negatif dalam kalangan rakyat yang boleh menggugat kesepakatan antara kita terutamanya dalam era media baharu. Saya pasti sebagai rakyat yang cintakan negara, kita wajar menolak fahaman sempit yang boleh memecah-belahkan dan seharusnya prinsip bertolak-ansur serta hormat-menghormati terus menjadi pegangan rakyat.


"Hari ini kita akan kongsi logo serta tema sambutan HKHM 2023 yang merupakan elemen penting dalam kita meraikan serta

menyemarakkan Bulan Kebangsaan," kata Fahmi dalam ucapannya.


Menurut beliau, pemilihan tema HKHM 2023 dilakukan menerusi hasil kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri daripada 16 orang pakar pelbagai bidang, antaranya ahli akademik, tokoh budaya, pengamal media, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ikon belia dan pempengaruh media sosial.


"Saya juga difahamkan beberapa siri perbincangan telah diadakan yang diurusetiakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi merealisasikan tema HKHM 2023.


"Tema ini turut didokong dengan konsep Malaysia Madani sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ihsan," katanya.


Tabah Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, seiring dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan, logo Malaysia Madani menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023.


Pemilihan logo Malaysia Madani, katanya, berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.


"Justeru, saya menyeru kepada semua pihak untuk menggunakan, memaparkan dan menularkan logo dan tema HKHM sebagai tanda cinta kita kepada negara melalui apa jua platform bagi membantu usaha mempromosi dan menyebarluaskan erti sambutan HKHM 2023 ini," katanya lagi.


Selain itu, Fahmi juga menggalakkan semua agensi kerajaan serta rakan-rakan sektor swasta dan NGO bersama-sama menzahirkan kecintaan kepada negara melalui penganjuran program-program sempena HKHM 2023 pada peringkat organisasi dan komuniti masing-masing.


Pelbagai program peringkat kebangsaan dirancang sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia. Antaranya Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 pada 15 Julai di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak kemudian disusuli dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Putrajaya dan diikuti oleh Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Kuching, Sarawak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page