top of page

Malaysia MADANI jambatani nilai kemanusiaan sejagat - Duta Venezuela

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 3
  • 2 min read

Gómez Azuaje (kanan) menandatangani buku di “Seminar Malaysia MADANI, ASEAN dan BRICS”
Gómez Azuaje (kanan) menandatangani buku di “Seminar Malaysia MADANI, ASEAN dan BRICS”

Oleh: Hasbul Ahmad


Dalam dunia yang sering kali dikuasai perbezaan politik, budaya dan jarak, satu suara dari benua yang berbeza namun menyuarakan harapan bahawa Malaysia dan Venezuela, walaupun dipisahkan ribuan kilometer sebenarnya mempunyai nilai kebersamaan.


Sehubungan itu, Duta Besar Republik Bolivaria Venezuela, Radamés Jesús Gómez Azuaje menyatakan kekaguman terhadap rakyat Malaysia serta keterbukaan dan nilai kemanusiaan yang dikongsikan kedua-dua negara.


"Saya rasa ini merupakan sebuah senario yang memberikan sumbangan untuk menghubungkan kedua-dua negara. Juga untuk negara Venezuela memahami lebih lanjut tentang Malaysia MADANI dan proses yang sedang berlaku di Malaysia.

Radamés Jesús Gómez Azuaje
Radamés Jesús Gómez Azuaje

"Untuk memahami masyarakat, politik dan juga ekonomi, terutamanya untuk mengenalpasti semua kebetulan yang boleh menjadikan Malaysia dan Venezuela mengadakan hubungan bilateral yang lebih baik.


"Seminar ini juga merupakan sebahagian daripada proses untuk memahami dan mengetahui Malaysia serta apa yang sedang berlaku di negara ini, juga untuk menerangkan apa yang sedang berlaku di Venezuela dan apa yang telah dilakukan," kata Radamés kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada acara “Seminar Malaysia MADANI, ASEAN dan BRICS” yang dianjurkan Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Sealngor (PPAS) di Bangi baru-baru ini.


Dalam pada itu Radamés turut menekankan bahawa acara tersebut bukan sekadar program akademik, tetapi sebahagian daripada proses penting untuk saling mengenali secara lebih mendalam, bukan hanya dari segi politik dan ekonomi, tetapi juga dari segi jiwa dan nilai kebudayaan.


"Mungkin ada yang tidak percaya, ketika saya berada di Malaysia dan berbual secara biasa dengan orang ramai, saya merasakan rakyat Malaysia sangat mesra dan terbuka. Ini sesuatu yang penting untuk diketahui oleh rakyat di Amerika Latin.


"Malaysia dan Venezuela memiliki banyak titik persamaan — dari iklim tropika, keindahan alam, hingga kepada nilai dan ideologi kemanusiaan yang dekat. Bahkan wajah rakyat kita juga mirip adalah sesuatu yang sangat serasi," ujarnya.


Dalam pada itu Radamés memaklumkan, pihak Kedutaan Venezuela bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat dan institusi di Malaysia melalui pelbagai cara dan hala untuk meningkatkan hubungan dengan negara ini dalam bidang-bidang yang berbeza.


"Ini adalah cara untuk mengetahui persamaan, untuk mengetahui bidang bersama, untuk mengenalpasti ruang di mana kita boleh lebih intim dengan kemungkinan mengadakan usaha-usaha secara bersama," kata Radamés lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page