top of page

Malaysia MADANI: Falsafah pembangunan, bukan sekadar slogan - Dr Jufitri

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
3 hours ago
1 min read

Konsep Malaysia MADANI merupakan falsafah pembangunan yang mempunyai asas pemikiran mendalam yang bukan hanya sekadar slogan kerajaan.


Senator Dr Jufitri Johar (gambar) berkata, konsep yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri itu bukan gagasan yang muncul semata-mata selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.


Malah falsafah bertujuan membawa Malaysia ke arah negara yang mampu menjadi pemimpin dunia dalam usaha membentuk dunia lebih adil, sejahtera dan makmur itu sudah dibahaskan secara ilmiah dan praktikal menerusi buku tulisan Anwar, Gelombang Kebangkitan Asia yang diterbitkan pada 1997.

"Sekiranya semua pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memahami sejarah dan falsafah MADANI, mereka akan melihatnya sebagai gagasan yang lebih besar daripada sekadar nama atau penjenamaan kerajaan.


"Ia bukan sekadar slogan retorik Kerajaan tetapi ia falsafah yang mahu membawa Malaysia sebagai pemimpin dunia ke arah dunia yang lebih adil, sejahtera dan makmur," katanya dipetik laporan media.


Dr Jufitri sementara itu berkata, pendekatan dibawakan Perdana Menteri menerusi konsep Malaysia MADANI boleh menjadi asas kepada usaha kerajaan untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat secara lebih menyeluruh dan berteraskan nilai keadilan serta kesejahteraan.


Jesteru, pemahaman terhadap konsep berkenaan membolehkan semua pihak menyokong dan bersama-sama menjayakannya, termasuk dalam konteks Kerajaan Perpaduan.


"Apabila mereka faham, mereka akan sokong dan sama-sama menjayakannya dan bukannya mempersoalkan.


"Tidak ada masalah jika Kerajaan Perpaduan menggunakan falsafah MADANI yang benar-benar mendalam dan mengakar serta menjadi penyelesaian permasalahan rakyat terbawah," jelasnya.


Sebagai rekod, Perdana Menteri memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ pada Januari 2013 sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.


Konsep diperkenal itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page