top of page

Malaysia Madani bukan retorik politik - Dr Taufiq



Konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan bersifat retorik politik.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari sebaliknya berkata konsep madani yang merangkul semua lapisan masyarakat yang menyeluruh tanpa mengira kaum selain meningkatkan ekonomi, pembangunan dan pembangunan sahsiah merupakan pendekatan menjadikan rakyat lebih mampan dan meningkatkan keyakinan pelabur.


"Kita mengajar rakyat supaya berjiwa bebas, rakyat ini akan tidak bergantung kepada pemerintah.


"Maksudnya kita merangkul semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan kaum dari semua aspek baik dari segi ekonomi pembangunan dan yang lebih penting ialah pembangunan sahsiah diri," kata Taufiq.


Beliau sebelumnya ditemui pemberita selepas merasmikan Program Hingaq Fest di Sungai Petani baru baru ini.


Konsep yang diperkenalkan pada Khamis lalu berteraskan enam tonggak iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.


Ia sebagai sebahagian usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page