top of page

Malaysia Madani, anjakan budaya kerja menuju negara maju - PM



Rakyat perlu menghayati nilai nilai yang dibawa Malaysia Madani untuk menjadikan negara lebih maju tetapi dalam masa sama menjaga martabat kemanusiaan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2024 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor, petang tadi.


Menurut beliau, konsep Madani selain menjadikan manusia bertamadun juga mengutamakan keperluan negara dipacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kemampanannya.


"Itu perlu ada keyakinan, ihsan dan kemanusiaan. Ada sistem kenegaraan. Dia bukan kelompok, satu kaum, satu wilayah dia tidak boleh membina tamadun bangsa


"Tamadun dibina dengan kekuatan rasaksa. Asasnya keyakinan, nilai yang baik, kemanusiaan. Tidak ada masyaralat dipinggirkan tetapi mengangkat martabat kemanusiaan.


"Saya harap kita faham hal ini. Tetapi menghadapi masalah, kita tahu Malaysia ini tidak boleh diangkat kalau kita tidak maju dari segi ekonomi


"Tak mungkin naik ekonomi kalau diurus dengan carca merba. Diletakkan orang yang tugas dia mengaut harta kekayaan rakyat," ujarnya.


Tegas Anwar, Malaysia telah ketinggalan berbanding negara jiran sejak dua dekad lalu kerana kalah persaingan, pertumbuhan ekonomi dan pencapaian teknologi baharu yang mendatar.


"Bagaimana boleh terjamin kalau negara kita mendatar puluhan tahun. Ini menuntut adanya anjakan perubahan


"Cara kita kerja, dasar kita tentukan, sikap kita. Ini kita harus sedia maklum


"Dulu kita bicara revolusi mental. Sering pimpinan cakap tukar sikap tetapi pemimpin kekal cara yang sama.


"Guna kedudukan untuk kaup kekayaan. Sebab itu saya kata nak jamin perubahan pemimpin setiap peringkat mesti tunjuk teladan yang baik," katanya.


Menurut Anwar, Kerajaan Madani telah memperkenalkan dasar baharu dalam mengutamakan projek rakyat dengan para menteri hari ini melakukan pemantauan secara bulanan.


Katanya projek besar misalnya tebatan banjir yang mengambil masa lama untuk disiapkan, sekiranya tidak dipantau maka akan lewat siap atau berlaku pembaziran yang memerlukan peruntukan tambahan.


"Sebab itu baik di peringkat Jemaah Menteri, penjawat awam tahu sekarang bila kita minta laporan dia tak tunggu 6 bulan atau setahun sekali. Kalau kita umum projek dia mesti ada laporan tiap bulan.


"Dalam perjalanan ke sini saya bawa bersama saya beberapa projek. Baiknya kita turun ke bawah hari ini laporan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) dan Pejabat Daerah, pegawai kemajuan negeri, MB, Exco dia beri update peringkat apa projek itu. Ini kita lakukan setiap bulan.


"Saya harap pimpinan turun ke bawah, jadi orang yakin kita umum projek, kita laksanakan. Kalau kita umum projek, dia tunggu pelancaran sebelum pilihan raya, tidak ada kesungguhan. Saya harap tradisi ini kita amalkan," katanya lagi.


Justeru, PM berharap daripada pegawai kerajaan sehinggalah rakyat biasa seharusnya memahami dengan baik konsep Malaysia Madani untuk memastikan kemajuan dalam negara terus berkembang pesat dalam tidak meminggirkan mana mana kelompok rakyat Malaysia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page