top of page

Malaysia kutuk pengeboman semberono, sekatan Israel ke atas Gaza



Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri hari ini mengutuk sekeras kerasnya serangan membuta tuli tentera Israel yang mengebom kawasan kediaman penduduk serta mengepung Semenanjung Gaza tanpa membenarkan bekalan air, makanan dan ubat ubatan diperolehi oleh orang awam.


Dalam kenyataan Kementerian Luar, Malaysia amat bimbang berikutan peningkatan jumlah kematian warga awam Palestin yang terus dibom dan gagal dihalang oleh Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB).


"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel mengebom secara keterlaluan dan sewenang-wenangnya kawasan-kawasan awam di samping tindakan rejim menyekat bekalan asas air, elektrik dan makanan


"Kementerian Luar Negeri dalam hal ini menjunjung kasih atas titah KDYMM Tuanku Agong serta menyambut baik ketetapan sebulat suara Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu menggesa supaya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan masyarakat antarabangsa memberi tekanan bagi menghentikan pertempuran di Gaza dan wilayah lain yang diduduki Israel.


"Dalam konteks ini, Malaysia kesal dengan kegagalan UNSC mencapai persetujuan dalam perkara ini," kata kenyataan itu.


Menurut Kementerian Luar lagi, mengambil kira situasi kritikal pada masa ini masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan-pertubuhan antarabangsa perlu menyalurkan bantuan kemanusiaan seperti bekalan-bekalan asas dan perubatan.


Rejim Israel pula, tidak berhak untuk menyekat saluran bantuan kemanusiaan.


"Di pihak Malaysia, Kementerian Luar Negeri dalam proses untuk menyalurkan bantuan RM1 juta untuk sumbangan kemanusiaan awal melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.


"Seperti diumumkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu," kata kenyataan itu lagi.


Selain itu, kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin membuat perjalanan ke kawasan konflik supaya menangguhkan perjalanan mereka.


Manakala bagi penyaluran dana bantuan kepada rakyat Palestin penderma boleh menyumbang ke nombor akaun: CIMB Islamic Bank Berhad, nombor akaun 86-0030248-9 di atas nama Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.


Setakat ini konflik Palestin - Israel telah memakan korban lebih 1,700 nyawa. 1000 rakyat Israel terbunuh ketika serangan sayap bersenjata Hamas pada Sabtu dan Ahad lalu. Manakala lebih 700 warga Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page