top of page

Malaysia kongsi penyelidikan genetik padi, baka ayam dengan Iran



Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Iran dalam mengembangkan pengetahuan dalam bidang penyelidikan pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.


Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasrat itu disambut baik rakan sejawatannya Mohammad Ali Nikbakht dalam pertemuan bersama beliau di Teheran hari ini.


"Perbincangan hari ini berjalan lancar dan amat berjaya bila mana hasrat dan kepentingan negara Malaysia untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang penyelidikan pertanian telah disambut baik oleh rakan sejawat saya dari Iran.


"Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan hari ini adalah berkait dengan perkongsian teknologi dan genetik padi, baka ayam Arian, kerjasama dalam penyelidikan buah-buahan tropika dan penyelidikan dalam perikanan," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Mohamad berkata kolaborasi antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Pertubuhan Penyelidikan, Pendidikan dan Pengembabangan Pertanian (AREEO), Iran dalam bidang penyelidikan perlu dipergiatkan demi manfaat kedua-dua negara.


"Kerjasama ini adalah selari dengan teras strategik kelima Program Inovasi Nasional Keterjaminan Makanan Agromakanan Rakyat (PINTAR) iaitu strategi kolaborasi.


"Di bawah teras strategik ini juga saya turut menekankan soal 'food diplomacy' dan untuk itu saya hadiahkan buah-buahan tempatan Malaysia kepada rakan sejawat saya hari ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page