top of page

Malaysia komited perbaharui MoU kerjasama pertanian dengan Thailand

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 31
  • 1 min read

DS Mohamad Sabu bersama Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Narumon Pinyosinwat
DS Mohamad Sabu bersama Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Narumon Pinyosinwat

Malaysia komited memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertanian dengan Thailand sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala dan menangani cabaran global dalam sektor pertanian.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, draf terkini MoU telah diserahkan kepada kerajaan Thailand dan Malaysia kini menunggu maklum balas rasmi.


"MoU ini bukan sekadar simbolik, ia mencerminkan komitmen bersama dalam bidang pertanian mampan, pemindahan teknologi, penyelidikan, dan keselamatan makanan.


"Selepas 50 tahun, kandungannya perlu disemak semula dan ditambah baik," katanya dipetik selepas mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya, Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Narumon Pinyosinwat.


Mohamad mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja empat hari ke Thailand.


Pada lawatan itu beliau turut merasmikan Pavilion Malaysia di THAIFEX-Anuga Asia 2025, pameran perdagangan makanan dan minuman terkemuka Asia yang berlangsung di IMPACT Muang Thong Thani di Nonthaburi, utara Bangkok.


Thailand merupakan rakan dagang utama Malaysia dalam sektor agromakanan. Pada tahun 2024, nilai perdagangan dua hala bagi produk pertanian mencecah RM20.96 bilion.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page