top of page

Malaysia kecam serangan Israel mengenai pasukan MALBATT di Lubnan



Oleh: Akmal Manaf


Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel susulan insiden letupan berhampiran kenderaan dinaiki anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 di Sidon, Lubnan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, tindakan dilakukan rejim Zionis itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.


"Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah membincangkan beberapa perkara dan salah satu daripadanya melibatkan tentera MALBATT yang telah mengalami kecederaan.


"Pihak Jemaah Menteri dan Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan terhadap Lubnan dan juga pasukan UNIFIL, antaranya MALBATT yang merupakan sebahagian daripada pasukan tersebut.


"Segala perancangan sekiranya perlu atau apa-apa tindakan, kita rujuk kepada Kementerian Pertahanan nanti," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat tersebut, di Putrajaya hari ini.


Semalam, enam anggota MALBATT disahkan mengalami kecederaan berikutan serangan rejim terhadap sebuah kenderaan berhampirkan sebuah bas mengangkut anggota MALBATT berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah pada jam 1.54 tengah hari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.


Dalam insiden berkenaan, seorang anggota yang cedera di tangan, menerima rawatan di Hospital Hamood di Saida, manakala lima lagi anggota yang cedera ringan telah selamat sampai ke Kem Marakah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page