Malaysia jalin kerjasama sektor kesihatan dengan Palestin
- Suara Keadilan
- May 22
- 1 min read

Malaysia memperkukuh komitmen terhadap perjuangan rakyat Palestin dengan memeterai kerjasama strategik dalam sektor kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesepakatan kerjasama itu dicapai dalam pertemuan dua hala bersama Menteri Kesihatan Palestin, Dr Maged Abu Ramadan di sela-sela Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) di Geneva, Switzerland.
"Pertemuan ini memperkukuh solidariti Malaysia-Palestin sebagai dua negara Islam yang berpegang teguh kepada nilai kemanusiaan sejagat
"Kerjasama meliputi strategik bagi memperkasa sistem kesihatan yang adil, berdaya tahan dan berteraskan nilai kemanusiaan sejagat.
"Ia sebagai langkah penting bagi membantu Palestin membina sistem kesihatan yang lebih kukuh meskipun berdepan sekatan dan tekanan berterusan," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa sama, Dzulkefly turut menegaskan pendirian tegas Malaysia di WHA78 yang mendesak masyarakat antarabangsa agar tidak berdiam diri terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, terutama berkaitan akses kesihatan dan keselamatan awam.
"Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keadilan dan kemanusiaan. Kita akan terus memperjuangkan suara rakyat Palestin agar didengari dan dihormati," tegasnya.
Dr Dzulkefly sementara itu turut memuji ketabahan Palestin melaksanakan kempen vaksinasi polio menggunakan nOPV2, meskipun berada dalam keadaan darurat kemanusiaan akibat konflik berpanjangan.
Comentários