top of page

Malaysia hantar 10 kontena tambahan ke Gaza



Oleh: Azuan Ab Rahman


Malaysia menambah 10 lagi kontena Bantuan Kemanusiaan Kecemasan ke Gaza, Palestin kata Nik Nazmi Nik Ahmad.


Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pelancaran misi itu di Kaherah, Mesir berkata, kontena itu membawa makanan asas seperti beras dan tepung selain kit kebersihan diri termasuk tuala wanita.


"Penambahan 10 lagi buah kontena menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 110 buah kontena dengan nilai RM12 juta yang boleh memanfaatkan 60,000 keluarga di Gaza," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Turut hadir pada pelancaran misi bantuan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu ialah Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid dan ketua misi bantuan Sani Araby Abdul Alim Araby.


Sementara itu Nik Nazmi melalui hantaran sama memaklumkan kontena Malaysia yang membawa barangan bantuan itu melalui perjalanan yang lancar.


Ia jelasnya hasil hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dan Mesir termasuk peranan langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membela rakyat Palestin.


Nik Nazmi melalui hantaran tersebut turut menegaskan Malaysia akan kekal lantang dan "punching above our weight" dalam isu kemanusiaan seperti aparteid, Palestin dan Bosnia yang telah menjadi tradisi sejak awal kemerdekaan negara.


Ia jelasnya bukan sahaja terhadap pencabulan hak kemanusiaan, malah turut merangkumi kemusnahan alam sekitar akibat peperangan.


"Dunia maju bercakap tentang sifar bersih karbon tetapi tidak tegas isu letupan berterusan, pencemaran air kritikal dan kerosakan tanah di Gaza," tambahnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page