top of page

Malaysia galak pelaburan dari Timur, Barat, tidak berpihak - Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus menggalakkan pelaburan asing sama ada dari Timur dan Barat yang memberi manfaat kepada Malaysia tanpa terheret dalam masalah geopolitik mana-mana negara.


Perdana Menteri berkata, negara ini tidak mahu bersikap menyebelahi mana-mana pihak dalam soal hubungan Amerika Syarikat dan China yang ketika ini tidak mempunyai hubungan yang baik.


"Cuma ada beberapa hal yang dibesarkan, soal Palestin dan China kerana banyak negara Barat agak sangsi mengapa nampak kita berdamping dengan China, jawapan saya mudah, kita negara kecil, kita mahu berkembang, kita jaga kemaslahatan rakyat.


"Kumulatif pelaburan dari Amerika Syarikat (AS) masih nombor satu dan kita tidak ada masalah, pelabur dari Amerika datang, kita sambut dengan baik," katanya semasa berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia tidak mempunyai sebab untuk bermusuhan dengan China kerana republik itu dianggap sebagai jiran meskipun terdapat sedikit perbezaan pendapat yang dibincangkan dengan baik.


"Dalam beberapa hal soal pelaburan, hubungan sangat baik, saya ambil pendekatan yang sama menggalakkan pelaburan dari Timur dan Barat - Amerika, China, India, Australia yang akan beri manfaat kepada kita.


"Jadi apabila saya ditanya soalan, bab fobia China, saya jawab tak ada sebab untuk ada permusuhan dan anti sesiapa," katanya.


Begitu juga dengan AS, Anwar berkata meskipun Malaysia berbeza pendapat tentang sikap kuasa besar itu dalam soal perang Israel-Palestin dan kezaliman Zionis Israel ke atas bumi Palestin khususnya Gaza, hal itu disuarakan dengan terang.


"Malah dalam sidang media bersama Canselor Jerman, bukan negara kecil saya pun tahu juga kita pemimpin dari negara Malaysia, bukan saya hendak pilih buat kenyataan yang keras terhadap orang lain, saya lebih baik tumpu perhatian untuk betulkan ekonomi negara kita, struktur negara kita, angkat martabat negara kita.


"Tetapi kalau anak-anak kecil, bayi, wanita, orang tidak bersalah itu dihancurkan tiap hari, maka berdepan dengan Presiden Joe Biden, tentunya saya ambil kekuatan untuk menyatakan sikap pendiriannya.


"Saya kata, saya tidak bangkitkan soal dia iktiraf Israel, soal dia sokong Israel, saya kata hentikan kezaliman dan pembunuhan ini segera," katanya.


Anwar berkata, beliau tidak memulakan memberikan pandangan terhadap pihak lain dalam sidang media tetapi disoal dengan provokatif tentang mengapa Malaysia memilih untuk mendukung China.


"Masalah persaingan AS dan China dalam bidang teknologi maklumat itu adalah masalah dia, kita yang terbaik dari Eropah, China, kita rangkul semua," ujarnya


Jelas beliau, ketika di Jerman, Malaysia memahami pendirian negara itu berkaitan masalah holocaust membabitkan orang Yahudi dan sikap kerasnya menyokong Israel.


"Itu keputusan dia tetapi jangan dalam sokong Israel, kita izinkan pembantaian, genosid, pembersihan etnik dan aparthied di Gaza. Jadi keputusan dia sebut setuju supaya dilakukan genjatan senjata sepenuhnya oleh Israel ke atas Gaza dan tambah bantuan kepada Gaza," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page