top of page

Malaysia cipta sejarah, rekod pelaburan tertinggi tahun lalu



Oleh: Azuan Ab Rahman


Tahun 2023 mencipta sejarah tersendiri apabila Malaysia mencatat jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam negara.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan berkata, jumlah pelaburan tahun lalu adalah sebanyak RM329.5 bilion iaitu peningkatan 23.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Daripada jumlah tersebut jelasnya, pelaburan asing merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus berbanding pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus.


Pelaburan itu menjana 5,101 projek yang berpotensi mewujudkan lebih 127,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan negara.


"Prestasi cemerlang ini disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1 peratus dalam pelaburan domestik dan sebanyak 15.3 peratus dalam pelaburan asing," katanya yang juga Menteri Kewangan.


Sektor perkhidmatan merekodkan pelaburan tertinggi menyumbang lebih daripada separuh (51.1 peratus) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan iaitu RM168.4 bilion, diikuti sektor perkilangan sebanyak RM152.0 bilion (46.1 peratus) dan sektor utama sebanyak RM9.1 bilion (2.8 peratus).


Melalui kenyataan itu, Anwar menegaskan landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi amat memberangsangkan ini juga mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan MADANI.


"Secara tidak langsung, ini merupakan petanda bahawa dasar mesra pelaburan dan mesra perniagaan yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh kerajaan telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page