top of page

Malaysia bersuara tegas, hantar bantuan ke Palestin



Rakyat Palestin tidak bersendirian dalam menghadapi serangan udara berterusan tentera Israel sejak 8 Oktober lalu.


Hal ini menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin, rakyat Malaysia sentiasa bersolidariti bersama warga Palestin yang ditindas oleh rejim Israel sejak 70 tahun lalu.


"Palestin saudaraku, anda tidak keseorangan. Seluruh dunia Islam sedang bersama perjuangan Palestin.


"Kita pastikan mereka mendapat kembali tanah air mereka.


"Malaysia pula bukan sahaja bersuara keras dan tegas, tetapi juga memberi bantuan kemanusiaan. Pada hari Jumaat ini bantuan kemanusiaan akan dihantar kepada rakyat Palestin, sebagaimana disiapkan oleh NGO MAPIM," katanya dalam temubual Media Perpaduan di Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.


Menurut Noraini lagi, Malaysia juga mahu kuasa besar dunia memainkan peranan yang lebih membina bagi mendesak gencatan senjata dilaksanakan antara tentera Israel dan pejuang Hamas untuk mengelakkan pertumpahan darah lebih dahsyat terjadi.


"Malaysia merayu kepada kuasa kuasa besar tolong campurtangan dan hentikan peperangan ini segera kerana akibatnya bukan sahaja kepada kanak kanak tetapi juga menghilangkan harapan mereka untuk hidup harmoni," katanya lagi.


Lebih 16,000 hadirin menghadiri perhimpunan malam ini dengan mereka membawa plakad Israel Cuak menggambarkan ketakutan rejim Zionis dalam serangan terancang sayap bersenjata Hamas pada 7 Oktober lalu dan usaha rejim untuk memusnahkan terus Hamas dalam serangan darat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page