top of page

Malaysia bantu Filipina hadapi ribut Kristine, sedia sumbang kecemasan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 5, 2024
  • 1 min read


Kerajaan Malaysia memberikan sokongan penuh kepada Filipina yang kini menghadapi bencana rebut tropika Kristine dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk meringankan beban rakyat negara itu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahin berkata, perkara itu dinyatakan dalam perbualan telefon bersama Presiden Ferdinand Romualdez Marcos Jr. petang semalam.


"Petang tadi saya telah menerima panggilan telefon dari sahabat baik saya yang juga Presiden Filipina Ferdinand ‘Bongbong’ Romualdez Marcos Jr. bagi menyatakan dukungan penuh Malaysia kepada republik tersebut yang kini dirundung malapetaka ribut tropika Kristine.


"Di saat getir seperti ini Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan yang dihadapi warga Filipina," kata Anwar dalam hantaran di Facebook.


Perdana Menteri mengingatkan tragedi dahsyat seperti itu memberi peringatan kepada rakyat negera ini tentang pentingnya perpaduan serta kerjasama serantau yang erat.


"Sementara kita menggerakkan bantuan segera, kedua kami menyatakan perlunya usaha menyumbang kepada pemulihan jangka panjang serta inisiatif ke arah pembinaan semula," ujarnya.


Malah, kata Anwar Malaysia mengulangi tekad untuk bekerjasama dengan lebih rapat dengan Filipina dalam memperkukuh perencanaan dan tindak balas tangkas terhadap bencana tersebut.


Jelasnya tindakan itu tidak hanya untuk mempererat hubungan dua hala malah meningkatkan daya tahan rantau ini.


"Kepada Presiden Bongbong dan rakyat Filipina, takziah saya ucapkan dan Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan tidak akan sesekali mengabaikan tetangganya terutama di saat getir dan tragedi," kata beliau lagi.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page