top of page

Malaysia bakal jadi tuan rumah MLBB musim ke-6 tahun depan



Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 pada tahun hadapan.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Adam Adli Abd Halim mengumumkan perkara itu dalam ucapan di Final Kejohanan Dunia MLBB M5 2023 di Manila, Filipina pada Ahad.


Melahirkan rasa bangga dengan penganjuran itu, beliau berkata MLBB M6 menjadi satu daripada acara penting negara setelah Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah bagi acara sama pada 2019.


"Dalam kita berkumpul di sini untuk menyambut final M5, saya teruja untuk mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 pada 2024.


"M6 akan menjadi peristiwa diingati di dalam negara dan kami mengalu-alukan pemain, peminat dan penggemar e-sukan dari seluruh dunia untuk mengalami layanan baik tiada tandingan yang diberikan rakyat Malaysia," katanya dipetik.


Justeru beliau turut mengalu-alukan semua peminat e-sukan dunia untuk datang ke Malaysia bagi memeriahkan acara itu.

Kejohanan Dunia M5 yang berlangsung di Manila dari 2 Disember dan berakhir semalam menyaksikan sejumlah 16 pasukan bertanding.


Wakil Malaysia, Team SMG dan Homebois walau bagaimanapun gagal melepasi peringkat kumpulan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page