top of page

Maksud kestabilan politik Umno bebaskan kleptoktrat dari tuduhan mahkamah



Umno menjajakan hanya mereka yang mampu membawa kestabilan politik di Malaysia.


Terbaharu, Ahli Parlimen Umno Lenggong Shamsul Anuar pula meminta rakyat melupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya tidak relevan dalam politik Malaysia.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Chua Wei Kiat, Umno telah hilang ingatan kerana terlupa bahawa merekalah punca masalah di negara ini disebabkan oleh pemimpin BN-Umno yang rakus merompak duit rakyat.


"BN Umno menyatakan mereka boleh bawa kestabilan untuk negara. Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor, rakyat dah sedar maksud kestabilan Umno ialah bebaskan kluster mahkamah Umno supaya boleh terus sakau wang rakyat. Slogan kestabilan yang dijerit oleh Umno hanya sekadar modal kempen.


"Maka dalam PRU 15 yang akan datang, rakyat harus menyokong Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Anwar untuk lenyapkan barah masyarakat BN-Umno.


"Pada PRU-14, rakyat sudah menolak BN -Umno kerana kes rasuah menyebabkan masa depan Malaysia yang kaya dengan pelbagai sumber menjadi pudar," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut ADUN Rawang itu, amat penting bagi rakyat mengembalikan keputusan PRU 14 kerana tanpa jatuhnya kerajaan BN, Najib bukan sahaja tidak dihadap ke mahkamah tetapi bebas mencuri lebih banyak wang negara.


"Bekas Presiden Umno Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.


"Jika rakyat tidak tolak BN-Umno pada PRU 14, Najib masih berseronok mencuri duit rakyat dan beri kepada isteri beliau iaitu Rosmah, ibu korupsi negara.


"Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, sokongan Melayu ke atas Umno merosot dengan drastik selepas isu skandal kapal LCS terbongkar dan Najib masuk ke penjara setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.


"Amat jelas motif utama BN -Umno mahukan PRU dipercepatkan biarpun dalam keadaan mengharung banjir hujung tahun ini.


"Mereka harap terus berkuasa dan meneruskan kerja utama BN-Umno mencuri duit rakyat dan selamatkan pemimpin yang makan rasuah," katanya.


Sehubungan itu, Wei Kiat menyeru semua rakyat Malaysia bangkit menolak pemimpin kleptokrat BN- Umno dalam PRU 15 agar negara bebas dari barah sistem politik yang kotor dan jijik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page