top of page

Maklumat sahih teras kerjasama kerajaan, media - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1
  • 1 min read

MB DS Amirudin bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Majlis Apresiasi Aidilfitri malam tadi
MB DS Amirudin bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di Majlis Apresiasi Aidilfitri malam tadi

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan harapan agar pengamal media dapat terus memainkan peranan sebagai penyampai fakta yang tepat kepada masyarakat.


Tegasnya, kecurigaan awam terhadap kerajaan dan media semakin meningkat sehingga masyarakat memilih sumber dari media sosial sebagai rujukan utama dan bukan lagi media arus perdana.


"Rujukan utama hari ini adalah di platform media sosial atau apa yang disebutkan di peringkat awal dahulu oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai ‘the social media noise’.


"Sahih atau tidak belum tentu, tetapi ‘attention sells and negative attention sells positively’ dan ini perlu kita sedar sebagai cabaran.


"Namun, ia juga peluang untuk media beradaptasi demi kelangsungannya sebagai The Fourth Estate sekaligus membantu kerajaan mentadbir dengan stabil serta aman," katanya pada Majlis Apresiasi Aidilfitri bersama pengamal media di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.


Dalam pada itu, Amirudin turut menyatakan komitmen pentadbiran negeri dalam menyalurkan fakta yang tepat dan benar.


Dalam konteks Selangor yang berdepan pelbagai ujian seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan letupan saluran paip gas di Putra Heights, beliau berharap kerjasama yang terjalin antara media dan kerajaan mampu menangani kecurigaan awam melalui maklumat yang tepat yang disampaikan.

"Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan atas kerjasama media untuk memajukan lagi Selangor sebagai negeri yang menjadi tunjang ekonomi negara," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page