top of page

Majoriti peniaga patuh SHMPP Tahun Baharu Cina



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memeriksa 6,186 premis perniagaan di seluruh negara sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 bermula 6 hingga 14 Februari lalu.


Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam melalui satu kenyataan pada Sabtu berkata, pemeriksaan itu merangkumi 118 pemeriksaan ke atas premis borong dan pengeluar serta 6,068 pemeriksaan terhadap premis runcit.


"Kita mengambil tindakan undang-undang membabitkan 43 kes gagal menggunakan tanda harga khas merah jambu dan satu kes tiada tanda harga.


"Tiada kesalahan menjual melebihi harga maksimum dikesan sepanjang pelaksanaan skim berkenaan," katanya melalui kenyataan tersebut.


Mengulas lanjut Azman berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan sepanjang tempoh pelaksanaan skim berkenaan.


Majoriti peniaga yang telah diperiksa jelasnya telah menunjukkan komitmen dan mematuhi harga maksimum yang telah dikuatkuasakan sepanjang pelaksanaan skim tersebut.

"KPDN merakamkan penghargaan kepada pihak industri dan keseluruhan peniaga atas komitmen serta kerjasama menjayakan pelaksanaan skim ini," katanya.


Melalui kenyataan sama beliau turut menjelaskan, pelaksanaan skim itu adalah langkah kerajaan menangani kos sara hidup semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page