Majoriti Cabang di Sabah mahu logo KEADILAN PRU 15



Majoriti Ketua-ketua Cabang di Sabah mahu logo KEADILAN digunakan sekali lagi mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Ketua Cabang Labuan, Simsudin Sidek, logo KEADILAN telah teruji dan digunakan sejak 21 tahun lalu, melalui 5 PRU sejak 1999.


"Penggunaan lambang KEADILAN kekal relevan pada PRU 15 ini setanding penggunaan logo parti-parti utama seperti BN dan Pas.


"Lambang KEADILAN telah dikenali oleh seluruh pelusuk masyarakat di Malaysia amnya sebagai parti yang mempunyai pengaruh kuat dalam arena politik tanah air. Perkara ini tidak dapat disangkal sama sekali oleh pihak lain akan kemasyhuran logo KEADILAN di dalam gelanggang politik," katanya.


Tambah Simsudin, kemenangan PH pada PRU ke 14 lalu menunjukkan logo berkenaan dikenali oleh majoriti rakyat dan perjuangan parti-parti politik yang diwakilinya juga diyakini membawa perubahan kepada negara.


"Kemenangan PH pada PRU 14 dengan logo KEADILAN menceritakan segala-galanya. Logo keramat KEADILAN digunakan di dalam kertas undi bagi calon PH dalam PRU 14, dan hasilnya PH memenangi PRU itu. Buat julung kalinya logo dacing (BN) mengalami kekalahan yang meruntuhkan sistem pemerintahan selama lebih 60 tahun.


"Oleh itu, logo KEADILAN amat relevan untuk digunakan sebaki lagi bagi mengembalikan mandat rakyat yang telah tercalar akibat pengkhianatan Bersatu dan sebahagian KEADILAN sendiri. Majoriti Ketua Cabang seluruh Sabah dan Labuan sebulat suara menyokong penuh penggunaan logo KEADILAN pada PRU hadapan," katanya lagi.


Baru-baru ini, isu penggunaan logo mewakili PH timbul semula apabila terdapat cadangan untuk menggunakan logo PH pada PRU ke 15.


Namun cadangan itu mendapat kritikan terutama adakah masyarakat di luar bandar dan Malaysia Timur mengenali logo berkenaan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER