Majoriti 113 kerusi bukti kerajaan PN rapuh-Johari Abdul
- Omar Zin
- May 19, 2020
- 1 min read

Pengakuan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat bahawa beliau menyokong Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berada dalam kedudukan yang begitu rapuh ketika ini.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berpandangan jika ada mana-mana ahli parlimen yang mengalihkan sokongan mereka, kerajaan PN boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja.
"Kita buat kiraan bahawa PN ada 113 kerusi dan PH campur Bersatu ada 107 kerusi manakala, dua orang lagi kerusi Bebas. Enam orang sahaja, cukup nipis.
"Bila-bila masa sahaja ahli parlimen boleh lompat, ini menunjukkan betapa rapuhnya kedudukan kerajaan ketika ini," katanya dalam sesi Bicara YB: Mandat Rakyat anjuran Amanah Kedah.
Tambah Johari, kerajaan PN akan berdepan kesukaran untuk mendapatkan undi majoriti dalam sidang Parlimen seterusnya terutamanya ketika pembentangan Bajet 2021 nanti.
"Tak dapat bayangkan bagaimana kerajaan akan melalui masa getir ini, terutamanya sewaktu pembentangan bajet.
Setiap kementerian akan ada undian dan kerajaan memerlukan majoriti untuk lepas daripada rang undang-undang. Ini amat bahaya dan kerajaan akan menjadi tidak stabil," katanya lagi.
Comentarios