top of page

Majlis Raja-raja saran semak-imbang, batasi salahguna kuasa



Majlis Raja-raja yang bersidang petang semalam di Istana Negara memberi pandangan peri pentingnya mekanisme semak imbang dalam kerajaan Malaysia.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad, prinsip raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen juga penting untuk diterjemahkan dalam pemerintahan.


Kata Syed Daniel lagi, dalam perjumpaan itu Raja-raja telah mencambah pandangan dan menzahirkan pendapat secara terbuka dengan semangat saling menghormati agar dijadikan bahan panduan bagi membantu Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat ketetapan.


"Raja-raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka Baginda untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.


"Raja-raja turut menegaskan pentingnya prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan melalui budaya pemerintahan yang pada setiap masa meluhurkan perlembagaan negara dan mendaulatkan undang-undang, dan mengutamakan kebajikan rakyat jelata,” katanya dipetik TMI.


Kenyataan tersebut dikeluarkan pada petang Ahad selepas kenyataan rasmi Istana Negara yang menasihatkan supaya ahli politik berhenti bermain politik secara berlebihan dan menasihatkan agar Belanjawan 2021 diluluskan.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page