top of page

Majlis Pimpinan PH T'ganu tekad perkukuhkan kerjasama antara parti



Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Terengganu bagi sesi 2024/2025 telah dibentuk bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang dinamik, inklusif, dan progresif dalam memperjuangkan agenda rakyat.


Menurut Setiausaha PH Negeri Terengganu, Mohd Ridhuan Embong, kepimpinan yang dilantik berharap mereka mampu menggerakkan strategi lebih mantap dan melakukan gerak kerja bersama tiga parti, KEADILAN, AMANAH dan DAP dengan lebih kerap.


"Barisan kepimpinan yang dilantik bertekad untuk memperkukuhkan kerjasama antara parti-parti komponen, merangka strategi terbaik bagi menghadapi cabaran semasa, serta memacu Terengganu ke arah pembangunan yang lebih sejahtera dan mampan


"Kami mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua pihak dalam memastikan Pakatan Harapan terus menjadi platform perubahan dan harapan untuk rakyat Terengganu," katanya dalam kenyataan.


Selain itu, beliau berkata, proses pemilihan kali ini mencerminkan semangat muafakat dan komitmen dalam memperkukuhkan perjuangan bersama PH demi kesejahteraan rakyat Terengganu.


Berikut senarai Majlis Pimpinan PH Negeri Terengganu bagi sesi 2024/2025:


Pengerusi:

YB Senator Mohd Hasbie Muda (AMANAH)


Timbalan Pengerusi:

Ahmad Nazri Mohd Yusof (KEADILAN)

Cheong Siow Foon (DAP)


Naib Pengerusi:

Mohd Zukeri Embong (AMANAH)

Datuk Dr Mohd Johari Mohamad (KEADILAN)

Ng Chai Hing (DAP)


Setiausaha:

Mohd Ridhuan Embong (AMANAH)


Penolong Setiausaha:

Nurul Adeeba Ismail (KEADILAN)

Ong Vel Leng (DAP)


Bendahari:

Dr Lee Lai Hsiang (DAP)


Penolong Bendahari:

Tan Chin Wuu (KEADILAN)


Pengarah Komunikasi :

Muammar Qaddafi Mohd Nasir (AMANAH)


Pengarah Pilihanraya :

Azan Ismail (KEADILAN)

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page