
Majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha KEADILAN Kemaman kelmarin berlangsung dalam suasana ukhuwwah dan semangat kerjasama sesama ahli.
Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, program yang diketuai setiausaha KEADILAN Kemaman, Saikri Choh itu di samping menjana semangat berjuang menjelang Pilihan Raya Negeri Terengganu juga dapat membantu golongan yang memerlukan.

"Dengan berlangsungnya program ini, ia dapatkan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama pimpinan dan ahli KEADILAN Kemaman juga dapat berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan.
"KEADILAN Kemaman juga akan terus fokus kepada program yang dapat membina kekuatan akar umbi justeru mengukuhkan lagi kedudukan parti dalam arena politik Terengganu," katanya.
Sehubungan itu, KEADILAN Kemaman mengucapkan ucapan terima kasih kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad atas kesudian menaja lembu korban kepada KEADILAN Kemaman
Penghargaan juga kepada Setiausaha Penerangan KEADILAN Kemaman, Aizad Safwan Abdul Majid selaku pegawai operasi yang membantu melancarkan perjalanan program.
Comments